Serentak dengan kemunculan pertama Amalfi di rantau ini, Ferrari turut sama mendedahkan Amalfi Spider 2027 di peringkat global.
Ferrari Amalfi Spider merupakan sebuah convertible 2+ dengan bumbung fabrik boleh buka, membenarkan pemandu dan penumpang menikmati sensasi angin luar.
Dalam masa yang sama, ia masih mengekalkan konfigurasi DNA sporti Ferrari.
Ferrari turut memperkenalkan warna baharu Rosso Tramonto yang diinspirasikan daripada suasana pesisir pantai Amalfi.
Bumbung soft top yang anggun
Biarpun hadir dengan bumbung fabrik, rekaan keseluruhan Amalfi Spider masih lagi anggun macam model coupe dengan bumbung kekal.
Antara ciri bumbung soft top Amalfi Spider ini:
- tekstur unik untuk efek berkilau dan 3D
- fabrik lima lapis dengan kualiti tebatan bunyi dan haba setanding bumbung keras lipat
- ambil masa 13.5 saat untuk dibuka pada kelajuan sehingga 60 km/j
- empat pilihan warna dan dua pilihan fabrik teknikal termasuklah warna baharu Tecnico Ottanio
Struktur ini setebal 220 mm, dan bila dilipat dan disimpan dalam ruang kargo sebesar 255 liter, masih lagi terdapat ruang sekitar 172 liter.
Enjin & teknologi
Sama seperti Amalfi Coupe, Amalfi Spider dipacu nadi 3.9 liter bentangan V8 turbo berkembar yang dipadankan dengan transmisi DCT 8-kelajuan.
Kuasa 640 hp pada 7,500 rpm, dengan output kuasa spesifik 166 hp untuk setiap liter.
Aspek pemanduan turut dibantu dengan ciri spoiler belakang aktif dengan tiga konfigurasi:
- Low Drag
- Medium Downforce
- High Downforce
Amalfi Spider dilengkapi dengan lima mod pemanduan, ABS Evo, Side Slip Control (SSC) 6.1, serta kelengkapan bantuan pemandu termaju (ADAS).
Kabin selesa walaupun bumbung terbuka
Untuk memastikan keselesaan ketika pemanduan bumbung terbuka, Ferrari menambah ciri pemesong angin (wind deflector).
Ciri ini diintegrasikan pada perehat kepala untuk mengurangkan kesan gelora dan bunyi bising angin yang boleh diaktifkan dengan menekan satu butang.
Sama seperti Amalfi Coupe, kabin Spider ini menggunakan susun atur kokpit berkembar.
Konfigurasi 2+ pula menambah aspek praktikaliti, di mana bahagian belakang sesuai untuk kanak-kanak atau tambahan ruang simpanan.
Ciri lain termasuklah:
- roda stereng lengkap dengan butang kawalan fizikal
- skrin kluster digital 15.6 inci
- skrin tengah 10.25 inci
- skrin penumpang 8.8 inci
- sokongan Apple CarPlay dan Android Auto
- slot pengecasan tanpa wayar
Harga
Ferrari Amalfi Spider tanpa bumbung kekal ini dijual pada harga €270,000 (RM1.22 juta).
Sebagai perbandingan, sebuah Ferrari Amalfi mempunyai tanda harga bermula dari €240,000 (RM1.09 juta).
