Keluarga dari Brazil ini tawan Rally dos Sertoes dengan Porsche 911 Dakar – 7,440 km dalam dua minggu

Porsche 911 Dakar Rally dos Sertoes

Bukan semua yang beli Porsche 911 Dakar benar-benar mahu membawanya masuk hutan. Kebanyakannya memilih model istimewa itu sebagai koleksi atau sekadar pelengkap gaya hidup. Namun bagi keluarga Piotto Vogt dari Brazil, 911 Dakar mereka bukan sekadar kereta hujung minggu tetapi ia merupakan jentera rali sebenar.

Baru-baru ini, keluarga tersebut mencipta sejarah apabila menjadi pemilik Porsche pertama yang menyertai Rally dos Sertoes, acara off-road tahunan yang bermula sejak 1993 dan dianggap paling mencabar di Amerika Selatan.

Piotto Vogt family7,440 km dalam dua minggu

Susele dan suaminya Fredy menyertai kategori Expedition dalam edisi ke-33 rali berkenaan, yang meliputi laluan lasak sepanjang 3,482 km. Namun perjalanan mereka jauh lebih panjang kerana mereka memandu hampir 1,200 km dari kampung halaman mereka di Campo Largo ke lokasi permulaan di Goiania. Selepas menamatkan rali di Marechal Deodoro, mereka memandu pulang semula ke rumah.

Secara keseluruhan, keluarga ini menempuh kira-kira 7,440 km dalam masa dua minggu menggunakan 911 Dakar dan sebuah SUV. Mereka memandu secara bergilir-gilir, ditemani anak mereka, Joao Pedro, yang berusia 14 tahun.

Porsche 911 Dakar Rally dos SertoesAntara saat yang paling diingati adalah menyeberangi sungai tanpa ragu-ragu ketika peserta lain berhenti untuk mengukur kedalaman air.

“Ketika itu, kami tahu yang kami telah memilih kereta yang tepat,” kata Susele. Malah, 911 Dakar itu turut dilengkapi khemah bumbung dan dijadikan “hotel bergerak” sepanjang rali tersebut.

Keluarga Porsche sejati

Porsche 911 DakarMinat terhadap Porsche bukan perkara baharu bagi keluarga ini. Setakat ini, mereka telah memiliki 19 model Porsche termasuk Cayenne, 718 Boxster, Cayman, Macan, Panamera E-Hybrid, Taycan dan beberapa generasi 911.

Bagi mereka, Porsche bukan sekadar mainan untuk disimpan dalam garaj. “Kami beli kereta untuk dipandu,” kata Fredy. Susele pula menggunakan 911 sebagai kereta harian, termasuk untuk urusan kerja.

Porsche 911 Dakar Rally dos SertoesSementara itu, Joao Pedro sudah memasang cita-cita untuk memandu Porsche sebaik sahaja dia menginjak usia 18 tahun.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved