AKSI seorang pekerja p-hailing membantu anggota polis mengejar suspek penjenayah tular di media sosial.
Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dimuat naik di Twitter, kelihatan seorang pekerja p-hailing baru menaiki motosikal miliknya sebelum bertindak menghalang suspek yang sedang berlari.
Bagaimanapun, suspek berjaya melepaskan diri dan meneruskan larian.
Enggan berputus asa, pekerja p-hailing tersebut bertindak turun dari motosikal lalu mengejar suspek bersama dua anggota polis.
Menerusi komen di media sosial, rata-rata pengguna media sosial memuji sikap berani ditunjukkan pekerja p-hailing berkenaan.
Pada masa sama, mereka mendoakan agar pekerja p-hailing itu berada dalam keadaan selamat.
Setakat ini, tidak dapat disahkan sama ada suspek berjaya diberkas pihak berkuasa atau sebaliknya.