PETRONAS Lubricants lancar pelincir sintetik penuh Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 untuk skuter moden
PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) melancarkan produk minyak pelincir Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 baru-baru ini.
Minyak enjin sintetik penuh premium ini direka untuk memenuhi keperluan penunggang skuter moden yang mementingkan prestasi terbaik dan perlindungan maksimum.
Ciri-ciri utama & Kelebihan
PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester 5W-40 ini menampilkan ciri-ciri berikut:
- Teknologi +Ester – memberikan lapisan perlindungan magnetik untuk mengurangkan geseran secara drastik, memastikan pecutan lebih reponsif dan perlindungan komponen enjin daripada haus
- Gred kelikatan 5W-40 – memastikan aliran minyak yang pantas semasa mula menghidupkan enjin dan mengekalkan kecekapan pelinciran pada suhu tinggi ekstrem
- Kestabilan UltraFlex™ – melindungi enjin daripada deposit dan penebalan minyak, sekali gus memanjangkan jangka hayat enjin
Pelincir terbaharu ini direka untuk memenuhi dan melebihi piawaian industri tertinggi yang dapat memberikan ketenangan minda kepada pemilik skuter.
Zameer Zahur Hussain, Ketua Pengawai Eksekutif PLMM berkata, “Kami memahami penunggang skuter hari ini bukan sekadar mahukan pengangkutan, tetapi mahukan pengalaman tunggangan yang lancar dan berkuasa.
Jelasnya lagi, produk PETRONAS Sprinta Scooter Extreme +Ester ini membawakan teknologi terbaik untuk perlindungan enjin serta pengurangan haba yang dapat memberikan keyakinan dalam setiap perjalanan.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

