fbpx

MotoGP: Rins kian pulih, teruja beraksi di Sachsenring

Rins kini mengumpul 23 mata keseluruhan dan berada di kedudukan ke-14 senarai pelumba. -Foto ihsan Facebook/Alex Rins
Rins kini mengumpul 23 mata keseluruhan dan berada di kedudukan ke-14 senarai pelumba. -Foto ihsan Facebook/Alex Rins

PELUMBA MotoGP Alex Rins yang mengalami patah pergelangan tangan akibat kemalangan jalan raya mengakui bersedia untuk perlumbaan di Sachsenring, hujung minggu ini.

Pasukan perubatan mengesahkan Rins boleh menyertai perlumbaan jika tidak mengalami sebarang masalah atau kesakitan pada bahagian tangan yang cedera.

Jelas pelumba pasukan Suzuki Ecstar itu, kecederaan dialami semakin pulih walaupun masih merasai kesakitan.

“Saya telah bertemu doktor dan kecederaan semakin pulih. Doktor telah membuka jahitan di tangan dan semuanya tampak positif.

“Namun, tidak dinafikan saya masih merasai sedikit kesakitan pada pergelangan tangan. Itu adalah suatu yang saya perlu tangani segera,” katanya kepada media.

Rins semakin pulih daripada kecederaan pergelangan tangan dan bersedia untuk perlumbaan seterusnya di Sachsenring, Jerman. - Foto ihsan Facebook/Alex Rins
Rins semakin pulih daripada kecederaan pergelangan tangan dan bersedia untuk perlumbaan seterusnya di Sachsenring, Jerman. – Foto ihsan Facebook/Alex Rins

Minggu lalu, Rins terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika menunggang basikal di Barcelona, Sepanyol.

Kemalangan berpunca daripada kelalaian Rins yang didakwa menggunakan telefon bimbit ketika menunggang basikal.

Mengikut fakta kes, Rins terlanggar sebuah kereta sebelum terjatuh dan mengalami patah pada bahagian pergelanggan tangan.

Terdahulu, Rins mengakui teruja untuk menyertai perlumbaan di Sachsenring selepas terlepas pusingan di Catalunya, Sepanyol.

Kebanyakan pelumba teruja untuk berlumba di Sachsenring memandangkan tiada perlumbaan di litar itu sejak tahun lalu akibat penularan pandemik Covid-19.

“Litar ini punya keunikan tersendiri antaranya selekoh ‘blind spot’ yang berbukit selain banyak selekoh kiri berbanding kanan,” katanya lagi.

Pelumba Suzuki Ecstar Alex Rins terkenal dengan sikap 'pantang' mengalah ketika dalam perlumbaan
Pelumba Suzuki Ecstar Alex Rins terkenal dengan sikap ‘pantang’ mengalah ketika dalam perlumbaan. – Foto ihsan Facebook/Alex Rins
Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved