Kedai kereta terpakai cuba kenakan caj keuntungan 12%


SEORANG pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati apabila seorang jurujual dari sebuah pengedar kereta terpakai cuba mengenakan profit charge atau caj keuntungan 12% ke atas sebuah BMW 118i 2018 yang hendak dibeli.
Dalam satu hantaran di Facebook, individu tersebut menjelaskan dia memilih kedai tersebut kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding kedai lain untuk model dan tahun yang sama.
Bagaimanapun, dia terkejut apabila kiraan yang dibuat oleh jurujual berkenaan menunjukkan terdapat caj keuntungan 12% yang dikenakan ke atas harga jualan 118i itu.
“Terkejut kami bila nmpak ada Profit Charge 12%. Nak dekat 10K weh,” tulisnya.
Apabila ditanya mengenai hal itu, jurujual tersebut berkata caj keuntungan itu adalah untuk syarikat dan caj yang sama akan dikenakan kepada kereta-kereta lain.
“Dia tanya nak proceed ke tak. Kalau nak dia suruh submit dokumen nak masuk loan. Kau rasa? Memangg tak la kannnn,” katanya.
Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengatakan bahawa itu merupakan salah satu taktik licik peniaga untuk mendapatkan keuntungan berlebihan.
“Ini salah satu helah penjual kereta. Sebab tu dia boleh letak harga rendah. Lepastu dia charge dalam processing fee atau dia tambah profit charge 12%. Pandai dia orang sebab kebanyakan orang ambil loan jer kalau boleh 90-100%,” kata Derek Alan De Souza.
Seorang lagi netizen, Tuan Azuan Jaffar menasihatkan individu tersebut supaya tidak membeli kereta berkenaan kerana terdapat kemungkinan perbatuannya juga telah diubah.
“Profit kedai sepatutnya dah disertakan dalam body price,” tulisnya.
Sementara itu, Awan Nano berkata mengikut pengalamannya, profit charge biasanya akan masuk ke poket sendiri.
“Ibarat duit suap untuk lepaskan semua loan atau sebagainya, perkara ni boleh diambil tindakan sebenarnya pergi buat report,” katanya.

Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
425197 168163Someone essentially lend a hand to make critically articles Id state. That will be the first time I frequented your internet site page and so far? I amazed with the research you made to create this actual post extraordinary. Fantastic activity! 412604
612473 568766This is a good common sense post. Very helpful to one who is just locating the resouces about this part. It will undoubtedly support educate me. 755993
699766 324721There is noticeably a bundle to find out about this. I assume you made sure good factors in options also. 435426
914971 785738This plot doesnt reveal itself; it has to be explained. 453480
724574 703525However, what in regards to the bottom line? Are you sure in regards to the source? 363796