100 unit dalam sebulan, smart Malaysia catat rekod penghantaran EV paling singkat
SMART Malaysia meraikan pencapaian dengan pengedaran sebanyak 100 unit kenderaan elektrik (EV) smart #1 dalam tempoh satu bulan, baru-baru ini.
Pencapaian ini didorong oleh kerjasama 10 cawangan pengedar smart #1 yang terletak di lokasi strategik, memastikan majoriti pembeli menerima kereta mereka dalam masa yang singkat.
smart Malaysia memanfaatkan pakar jualan terlatih dan berdedikasi dalam mengendalikan setiap aspek dan butiran termasuk penyelarasan proses penghantaran kereta.
Kemudahan aplikasi digital juga membantu pencapaian ini, menjadikan proses pembelian kenderaan menjadi cepat dan efisien —dari tempahan hinggalah permohonan pinjaman.
smart turut mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan stok kenderaan yang tersedia jauh lebih awal sebelum pelancaran rasmi smart #1.
Menurut smart dalam kenyataan media, “Pengedaran 100 unit EV yang menembusi catatan rekod pengedaran paling singkat ini amat menggembirakan kami.
“Ia membuktikan kereta kami diterima oleh segmen pembeli yang menitikberatkan gaya dan keperibadian.
“Mereka tidak hanya mencari mobiliti; mereka menghargai gabungan teknologi, keselamatan, dan ketersambungan yang ditawarkan oleh smart #1 kami.
Sementara itu, Zhang Qiang, Ketua Pegawai Eksekutif smart Malaysia berkata: “Kami gembira melihat pelanggan kami menemui kualiti ini di dalam kereta kami.”
smart #1 ditawarkan pada harga bermula RM189,000 hingga RM249,000.
Berikut adalah harga dan spesifikasi ringkas smart #1:
Pro dan Premium
- RM189,000 untuk Pro, RM219,000 untuk Premium
- Motor tunggal di belakang
- Output 272hp, 343Nm
- Jarak pemanduan 440km
- 0-100km/j dalam 6.7 saat
- Kelajuan maksima 180km/j
- Pengecasan AC 7.2kW: 6 jam untuk 10 hingga 80 peratus, 22kW dalam 3 jam
- Pengecasan DC hingga 150kW: 22 minit (Pro) dan 29 minit (Premium)
Brabus
- RM249,000
- Dua motor elektrik (AWD)
- Output 428hp, 543Nm
- Jarak pemanduan 400km
- 0-100km/j dalam 3.9 saat
- Kelajuan maksima 180km/j
- Pengecasan AC 22kW: 3 jam
- Pengecasan DC hingga 150kW: 29 minit
Sentiasa berdoa agar ICE dan transmisi manual akan kekal relevan dan takkan pupus. Lebih mementingkan keseimbangan dari kuasa semata.
155272 924212Thanks for your time so significantly for your impressive and amazing guide. I will not be reluctant to endorse your internet websites to any individual who should receive direction on this issue. 253966