Kenapa Tesla Cybertruck datang ke Malaysia?
SAYA pasti anda sudah melihat gambar dan video Tesla Cybertruck yang sudah berlegar di media sosial sejak minggu lepas lagi.
Walaupun sudah agak lambat, Engear TV baru-baru ini turut dijemput untuk melihat Cybertruck di Tesla Experience Centre di ibu pejabat Tesla Malaysia di Cyberjaya.
Seperti yang dijangka, ia besar dan nampak begitu mengagumkan apabila dilihat secara depan-depan. Sama ada fikir ia jelik atau sebaliknya, Cybertruck memang sangat menarik perhatian.
Tetapi apakah tujuan sebenar Cybertruck dibawa ke sini? Adakah Tesla Malaysia merancang untuk menjualnya di samping Model 3?
Jawapan ringkasnya, tidak kerana buat masa ini, Cybertruck hanya boleh didapati dalam versi pemanduan sebelah kiri. Tapi mana tahu Elon Musk akan berlembut hati dan ambil keputusan untuk jual versi pemanduan sebelah kanan suatu hari nanti?
Sementara ia berada di Malaysia, paultan.org melaporkan bahawa trak pikap ini akan dipamerkan untuk tontonan di bilik-bilik pameran Tesla di Cyberjaya dan Pavilion Damansara Heights pada Mei depan.
Berikut adalah antara beberapa fakta menarik mengenai Cybertruck:
- Ia mempunyai ukuran panjang 5,682 mm, lebar 2,413 mm, tinggi 1,790 mm dan jarak roda 3,810 mm, bermakna ia lebih besar daripada trak pikap seperti Ford Ranger dan Toyota Hailak.
- Bahagian bed pula berukuran 1,829 mm panjang dan 1,219 mm lebar, serta mempunyai ruang storan berkapasiti 1,897 liter.
- Cybertruck ditawarkan dalam tiga varian iaitu Rear-Wheel Drive, All-Wheel Drive dan Cyberbeast. Unit yang dipamerkan di Cyberjaya ini adalah model Foundation Series yang berasaskan varian AWD.
- Varian ini mempunyai 608 PS dan 10,080 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.1 saat dan mencapai kelajuan maksimum 180 km/j. Jarak pandu adalah 547 km atau 756 km dengan range extender.
- Ketiga-tiga varian Cybertruck boleh menampung berat muatan sehingga 1,134 kg. Bagaimanapun, kapasiti menunda berbeza mengikut varian iaitu 3,402 kg untuk varian RWD dan 4,990 kg untuk varian AWD dan Cyberbeast.
- Cybertruck mempunyai badan exoskeleton dengan panel keluli tahan karat yang kalis peluru. Ia telah pun dibuktikan dalam satu demonstrasi di mana badan Cybertruck ditembak bertubi-tubi dengan senapang Thompson.
- Cybertruck menggunakan sistem steer-by-wire yang boleh mengubah nisbah stereng berdasarkan kelajuan kenderaan dan faktor-faktor lain.
- Ia juga didatangkan dengan kawalan stereng roda belakang dan pemvektoran tork, memberikannya radius putaran yang lebih kecil berbanding Model S.
Untuk lebih banyak fakta Cybertruck, jemput tonton video TikTok kami:
@engear.tv Trak pikap yang TAK BOLEH dijual di Malaysia. Apa yang menarik? #engeartv #malaysia #fyp #carsoftiktok #tesla #cybertruck ♬ Piano sleep LoFi slow midnight(808930) – Gloveity
Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
991931 675527 I discovered your blog site on google and check a couple of of your early posts. Continue to maintain up the really excellent operate. I just additional up your RSS feed to my MSN News Reader. Seeking forward to reading more from you later on! 164142
415142 125248Cheapest speeches and toasts, as nicely as toasts. probably are designed building your own at the party and will be most likely to turn into witty, humorous so new even. best man toast 984495
108636 723717Amazing post will be posting this on my weblog today maintain up the very good function. 950931
185311 391685fantastic post, extremely informative. I wonder why the other experts of this sector do not notice this. You must continue your writing. Im confident, youve a great readers base already! 905707
515788 991710This web website might be a walk-through for all with the details you wanted in regards to this and didnt know who to question. Glimpse here, and youll certainly discover it. 901698
515400 405414I like this website because so a lot utile stuff on here : D. 761641
bitcoin miner gratisBitcoin for live 843b413