fbpx

Bermaz Auto Alliance henti operasi perniagaan Peugeot, Citroen dan DS

Peugeot 2008 pandu uji 03

BERMAZ Auto Alliance (BAA) mengumumkan ia akan menghentikan operasi perniagaannya berkuat kuasa 29 Februari 2024.

BAA ditubuhkan tiga tahun yang lalu untuk menguruskan pengedaran, jualan dan selepas jualan untuk Peugeot di Malaysia dan sebagai pembaik pulih sah untuk jenama Citroen dan DS.

Pengumuman ini merupakan susulan kepada keputusan dan pengumuman pada 22 November 2023 oleh Stellantis N.V. untuk menguruskan jenamanya dalam pasaran Malaysia menerusi syarikat jualannya sendiri.

Dalam satu kenyataan, BAA berkata dengan penghentian operasi ini, mereka tidak lagi dapat meneruskan perkhidmatan pelanggan Peugeot.

Syarikat itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pelanggan atas sokongan dan keyakinan terhadap perkhidmatan jualan dan selepas jualan yang diberikan oleh BAA sepanjang mereka beroperasi.

BAA bersetuju untuk memindahkan sepenuhnya program Free Service Maintenance (FSM) berkontrak kepada Stellantis. Ini bermakna semua FSM yang akan datang akan dilaksanakan menerusi rangkaian yang dilantik oleh Stellantis.

Untuk maklumat terkini, pelanggan dinasihatkan untuk merujuk kepada Stellantis atau hubungi talian sokongan pelanggan bebas-tol di 1800-18-7852 atau e-mel kepada [email protected] untuk penjelasan lanjut.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved