Tayar basikal Michelin dilancarkan untuk pasaran Malaysia, harga dari RM105-RM315


MICHELIN Malaysia baru-baru ini melancarkan rangkaian tayar basikal premium untuk pasaran Malaysia.
Menerusi kerjasama dengan rakan pengedar tempatannya yang dikenali ramai, Cyclistic Malaysia, syarikat tayar itu berhasrat untuk merevolusi pengalaman penunggang basikal di negara ini.
Rangkaian tayar basikal Michelin merangkumi produk-produk seperti berikut:
- Michelin Power Cup Competition Line – sesuai untuk sesi perlumbaan dan latihan dengan prestasi yang diilhamkan oleh teknologi MotoGP. Ia ringan dan lasak, dan mempunyai teknologi Aramid Shield dan selongsong 3×120 TPI. Paduan Michelin Gum-X juga menjamin pengendalian dan kestabilan yang efisien dalam kondisi basah dan kering.
- Michelin Wild Enduro Front Racing Line – Dirumus untuk penunggang menguasai semua jenis permukaan. Ia dikhaskan untuk dipasang di roda hadapan, tapi juga boleh dimuatkan di roda belakang untuk menambah cengkaman. Kombinasi antara bunga tayar, Magi-X DH dan Down Hill Shield memberikan cengkaman maksimum dan anti-kebocoran untuk pengendalian yang baik walaupun dengan tekanan angin rendah.
- Michelin Wild Am Performance Line – Diperkuatkan dengan Bead To Bead Protection dan mempunyai bunga tayar yang direka khusus untuk meningkatkan cengkaman terutamanya di hadapan. Selongsong Trail Shield menjamin tahap keselamatan dan prestasi berpanjangan dengan struktur binaan 4×60 TPI.
Tayar basikal Michelin di tujuh outlet Cyclistic dan lokasi-lokasi pengedar di sekitar kawasan Lembah Klang. Mulai 1 Disember 2023, pelanggan boleh mendapatkan produk tayar Michelin di outlet utama Cyclistic di Taman Shamelin Perkasa, Cheras.
Harga runcit yang disarankan bagi tayar-tayar basikal Michelin bermula dari RM240 hingga RM315 untuk tayar Power Cup Competition Line dan RM105 hingga RM290 untuk Wild Enduro Front Racing Line Wild Am Performance Line.

Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
860833 78388I cant say that I completely agree, but then once more Ive never truly thought of it quite like that before. Thanks for giving me something to consider when Im supposed to have an empty mind even though trying to fall asleep tonight lol.. 405460
315871 921649Attractive portion of content. I merely stumbled upon your weblog and in accession capital to assert that I get in fact loved account your weblog posts. Anyway I is going to be subscribing to your augment and even I success you get admission to constantly rapidly. 411425
784050 327892Ive writers block that comes and goes and I need to locate a approach to get rid of my writers block. It can occasionally be so bad I can barley make sentences. Any guidelines? 179462
244527 586685Pretty! This was a really amazing post. Thank you for your provided details. cool desktop 290787