Ducati Panigale V4 R jentera lumba untuk jalan raya – RM458,900!


SELAIN Monster SP, pengedar rasmi motosikal Ducati di Malaysia iaitu Next Bike Sdn Bhd turut melancarkan satu lagi model iaitu Ducati Panigale V4R.
Jika dibandingkan dengan Panigale V4 (RM145,900) dan V4 S (RM188,900), harga jualan Panigale V4R jauh lebih mahal iaitu RM458,900 kerana secara asasnya ia merupakan model street legal yang menggunakan teknologi perlumbaan dari MotoGP dan WSBK.
Panigale V4R mempunyai ‘nadi’ Desmosedici Stradale R bersesaran 998 cc yang mampu menghasilkan 218 hp pada 15,500 rpm. Menurut Ducati, enjin ini mampu mencapai rev 16,500 rpm ketika dalam gear keenam dan 16,000 rpm dalam gear-gear yang lain.
Namun apabila menggunakan minyak pelincir yang dirumus khas oleh Shell dan Ducati Corse, serta sistem ekzos perlumbaan, kuasa yang dihasilkan meningkat kepada 240.5 hp. Minyak itu dikatakan mengandungi aditif khusus yang dapat mengurangkan geseran mekanikal sebanyak 10 peratus.
Untuk sistem elektronik, Ducati telah memprogramkan semula Ride by Wire, Quick Shift, Engine Brake Control (EBC) EVO dan Traction Control. Terdapat juga paparan Track EVO baharu pada kluster instrumen dan strategi Power Mode.
Sebagai opsyen, pelanggan boleh mendapatkan perisian DTC EVO 3 yang dibangunkan khusus untuk penggunaan tayar hujan dan tayar slick ketika beraksi di litar lumba.
Untuk sistem suspensi, Panigale V4R menggunakan fork Ohlins NPX25/30 dengan tambahan jarak pergerakan (travel) sebanyak 5 mm, serta penyerap hentak Ohlins TTX36 dengan ketinggian pivot lengan ayun yang boleh dilaraskan dalam empat posisi.
Turut ditambah baik adalah aspek aerodinamik. Sayap pada bahagian depan kini lebih kompak dan nipis sebanyak 40 peratus dan 50 peratus namun masih mampu menjana muatan yang sama, manakala fairing bawah telah diubah suai untuk penyejukan enjin yang lebih baik.
Selain itu, terdapat juga liang udara pada bahagian kiri fairing bagi membantu menyejukkan sensor Quick Shift. Model ini juga menggunakan tangki bahan api yang lebih besar (17 liter), serta pelana yang lebih rata bagi memudahkan pergerakan penunggang.

Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
424904 966034This design is steller! You obviously know how to keep a reader amused. Between your wit and your videos, I was almost moved to start my own blog (well, almost…HaHa!) Great job. I really loved what you had to say, and more than that, how you presented it. Too cool! 532619
764886 818009You got a quite excellent website, Gladiolus I found it via yahoo. 464322
739326 514292Spot lets start work on this write-up, I in fact believe this remarkable web site requirements additional consideration. Ill much more likely be once again you just read additional, thank you that details. 448688
681347 781959yourselfm as burning with excitement along accumulative concentrating. alter ego was rather apocalyptic by the mated ethical self went up to. Its punk up to closed ego dispirited. All respecting those topics are movables her need to discover no finish touching unpronounced. Thanks so much! 681864