fbpx

Pertingkat keselamatan negara, TLDM cari ‘pengganti’ helikopter Fennec

Helikopter AS555SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikendalikan oleh Skuadron 502. - Foto ihsan Facebook/Fathu Radi
Helikopter AS555SN Fennec milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dikendalikan oleh Skuadron 502. - Foto ihsan Facebook/Fathu Radi

TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) bercadang menambah aset helikopter mempunyai keupayaan peperangan anti kapal selam dan berteknologi baharu.

Panglima Udara TLDM berkata, helikopter baharu itu penting bagi menggantikan helikopter AS555SN Fennec, lapor Bernama.

Jelas Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar, helikopter AS555SN Fennec tidak lagi dikeluarkan ketika ini dan TLDM akan melihat kepada aset helikopter bersesuaian pada masa akan datang.

Panglima Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar (kanan) berkata, pihaknya sedang meneliti mendapatkan helikopter baharu. - Foto ihsan Facebook/TLDM
Panglima Udara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Pertama Ahmad Shafirudin Abu Bakar (kanan) berkata, pihaknya sedang meneliti mendapatkan helikopter baharu. – Foto ihsan Facebook/TLDM

Ahmad Shafirudin memberitahu pemberita selepas majlis penyampaian anugerah meraikan rekod pencapaian 20,000 jam penerbangan helikopter AS555SN Fennec, semalam.

Helikopter AS555SN Fennec dikendalikan Skuadron 502 TLDM semenjak tahun 2004 lagi.

Ia berfungsi sebagai helikopter latihan serta menyokong operasi penerbangan selain mempertingkat kawalan keselamatan negara.

Antara operasi menggunakan helikopter AS555SN Fennec TLDM termasuk Op Fajar di perairan Somalia dan pelbagai latihan ketenteraan lain.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved