fbpx

Tiada bantuan kerajaan, Fernandes bangga AirAsia terus bertahan

AirAsia antara syarikat penerbangan yang terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik walau dunia berdepan pandemik Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail
AirAsia antara syarikat penerbangan yang terus berusaha memberi perkhidmatan terbaik walau dunia berdepan pandemik Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail

KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd berbangga selepas syarikat itu berjaya menyelesaikan lebih 90 peratus bayaran semula kepada pelanggannya.

Tan Sri Tony Fernandes berkata, walaupun syarikat mengalami masalah kewangan namun, lebih banyak bayaran balik dijangka dapat dilakukan dalam tempoh terdekat.

Pada masa sama, Fernandes menganggap segala yang dilalui syarikat itu sebagai luar biasa kerana tidak menerima sebarang sokongan kewangan daripada kerajaan.

“AirAsia telah mengendalikan lebih 90 peratus bayaran balik dan ia tidak menjadi isu kerana kami telah bertindak secara telus.

“Pelanggan kami memahami bahawa kami telah memberi sokongan walaupun wujud rungutan dan pihak media juga menimbulkan isu tersebut,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes percaya pihaknya kini bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang dengan memastikan tahap keselamatan berada di paras tertinggi. - Foto ihsan Malay Mail
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes percaya pihaknya kini bersedia memberikan perkhidmatan terbaik kepada penumpang dengan memastikan tahap keselamatan berada di paras tertinggi. – Foto ihsan Malay Mail

Bayaran balik akan terus dilakukan apabila penerbangan disambung semula di Malaysia dan Filipina dalam tempoh enam bulan akan datang.

Pelanggan AirAsia X juga akan mendapat baucar apabila syarikat penerbangan itu memulakan operasi semula.

Sektor penerbangan seluruh dunia mengalami impak sangat besar susulan pandemik Covid-19.

Ia susulan kebanyakan negara menutup pintu sempadan serta lapangan terbang sekaligus merugikan pelbagai sektor lain termasuk pelancongan dan perniagaan.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved