fbpx

Auriga Deluxe 122, Blizzard dijamin bawa muatan kereta lebih selamat

Starrtrek Carriers Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan pengangkutan membawa kenderaan dengan jaminan keselamatan tinggi. - Foto oleh Engear
Starrtrek Carriers Sdn Bhd menawarkan perkhidmatan pengangkutan membawa kenderaan dengan jaminan keselamatan tinggi. - Foto oleh Engear

STARRTREK Carriers Sdn Bhd kini menawarkan servis pengangkutan kenderaan baharu yang berkualiti dan canggih.

Buat julung kali, syarikat perkhidmatan pengangkutan ini memperkenalkan semi-trailer tertutup Auriga Deluxe 122 dan Blizzard.

Menariknya, kedua-dua semi-trailer ini mempunyai ruang kargo tertutup sekaligus memberi perlindungan tambahan kepada kenderaan yang dibawa.

Selain itu, Blizzard juga mempunyai ruang lebih luas membawa bebanan tambahan bagi setiap perjalanan berbanding kebanyakan trailer lain di negara ini.

Semi-trailer Auriga Deluxe 122. - Foto oleh Engear
Semi-trailer Auriga Deluxe 122. – Foto oleh Engear

Sementara itu, Pengarah Urusan Starrtrek Carriers berkata, perkhidmatan yang ditawarkan ini memberi satu dimensi baharu buat industri pengangkutan di Malaysia.

“Kami menetapkan tahap baharu bagi servis logistik kenderaan berkualiti tinggi tanpa sebarang kompromi.

“Kami berbangga menjadi pelopor dalam lapangan ini yang mampu menawarkan kualiti servis yang lebih tinggi kepada pelanggan,” kata Datuk Kumar Prabakaran.

Pengarah Urusan Starrtrek Carriers Sdn Bhd Datuk Kumar Prabakaran (tengah) yakin servis ditawarkan memberi kelainan buat industri pengangkutan di Malaysia. - Foto oleh Engear
Pengarah Urusan Starrtrek Carriers Sdn Bhd Datuk Kumar Prabakaran (tengah) yakin servis ditawarkan memberi kelainan buat industri pengangkutan di Malaysia. – Foto oleh Engear

Auriga Deluxe 122 dan Blizzard dilengkapi dengan sistem hidraulik bagi memudahkan mengangkat serta menurunkan muatan dengan kendalian minimum.

Ia juga mempunyai keluli tahan lasak yang digabungkan dengan teknologi baharu bagi memenuhi keperluan logistik automotif masa kini.

Semi-trailer Auriga Deluxe 122 boleh menampung enam buah kereta penumpang atau empat kenderaan utiliti sukan (SUV) bagi tiap perjalanan.

Semi-trailer Blizzard. - Foto oleh Engear
Semi-trailer Blizzard. – Foto oleh Engear

Blizzard pula mampu memuatkan 10 buah kenderaan bergantung kepada ukuran dan berat kenderaan.

Maklumat lanjut sila hubungi Starrtrek Carriers di www. Starrtrekcarriers.com.my atau WhatsApp 017-2848120.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved