fbpx

Pulau Pinang bakal terima feri jenis ‘water bus’

211130-penang.jpg
Perkhidmatan pengangkutan awam begitu penting bagi penduduk negeri Pulau Pinang memandangkan sering berdepan kesesakan trafik. - Foto ihsan Malay Mail

PENDUDUK Pulau Pinang dan pelancong ke negeri itu bakal merasai pengalaman luar biasa menaiki feri jenis baharu tidak lama lagi.

Feri ‘water bus’ dan ‘vehicle transporter’ itu dijangka beroperasi penghujung tahun depan secara berperingkat.

Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong berkata, Penang Port Sdn Bhd kini dalam proses menyelaras model perniagaan perkhidmatan feri baharu itu.

“Selaras pengambilalihan semula oleh pihak Penang Port Sdn Bhd, feri-feri lama telah dihentikan operasi berikutan kondisi feri yang terlalu usang.

Kelihatan penumpang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang pada tahun 2019. - Foto ihsan Malay Mail
Kelihatan penumpang menggunakan perkhidmatan feri Pulau Pinang pada tahun 2019. – Foto ihsan Malay Mail

“…suruhanjaya pelabuhan dan operator pelabuhan Penang Port Sdn Bhd telah merencana penaiktarafan fasiliti dan sistem perkhidmatan operasi feri Pulau Pinang,” katanya.

Operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kini menggunakan feri disewa Penang Port Sdn Bhd bagi membawa penumpang.

Ia meliputi penumpang pejalan kaki dan atau menaiki kenderaan beroda dua seperti motosikal dan basikal.

“Dengan pengenalan perkhidmatan feri baharu yang bakal dilaksanakan, kerajaan Persekutuan akan memastikan operasi perkhidmatan feri Pulau Pinang kekal relevan.

“Kerajaan Persekutuan juga memberi jaminan perkhidmatan feri Pulau Pinang akan diteruskan tanpa sebarang halangan,” katanya lagi.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved