fbpx

‘Makan angin’ dengan ERL, tiket sehala cuma RM1!

Perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit sebelum ini digantung sementara susulan perintah kawalan pergerakan penuh susulan peningkatan kes Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail
Perkhidmatan kereta api KLIA Ekspres dan KLIA Transit sebelum ini digantung sementara susulan perintah kawalan pergerakan penuh susulan peningkatan kes Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail

PELUANG baik kepada anda yang ingin ‘makan angin’ menggunakan tren Express Rail Link (ERL)!

Ini kerana anda hanya perlu membayar RM1 untuk tiket sehala ke mana-mana stesen ERL bermula Sabtu sehingga Ahad ini.

Program dikenali sebagai ‘ERL RM1 Joyride Weekend’ itu merupakan hasil kerjasama Express Rail Link Sdn Bhd dengan sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

Ketua Pegawai Eksekutif ERL Noormah Mohd Noor berkata, program tersebut bertujuan merangsang semula perjalanan riadah tempatan.

“ERL gembira dapat memainkan peranan dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menghidupkan semula industri perjalanan riadah.

“Kami percaya semua pihak patut melaksanakan peranan mereka bagi menyokong pemulihan negara,” katanya.

Bersempena program itu, beberapa stesen ERL seperti di Sentral KL dan KLIA 2 akan menganjurkan aktiviti menarik khusus buat orang ramai.

Informasi lanjut mengenai promosi dan aktiviti berkenaan boleh diperoleh menerusi laman sesawang https://www.kliaekspres.com/offers/rm1-joyride/rm1-joyride/.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved