fbpx

Petronas teruskan kerja amal, salur peralatan perubatan am kepada Kedah

211006-frontliner-v001.jpg
Pasukan barisan hadapan terus dihargai dalam usaha menentang Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail

PETRONAS memberi sumbangan keperluan perubatan asas sebagai langkah berterusan menyokong Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

Syarikat itu berharap ia dapat membantu PICK untuk terus berjalan lancar dan berkesan dalam memerangi Covid-19.

Penyampaian secara simbolik disampaikan Ketua Petronas Wilayah Tengah dan Utara Zukifli Othman kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim berkata, sumbangan itu amat berharga kepada rakyat negeri Kedah selain berharap imuniti kelompok dapat dicapai dalam kadar segera.

“Peralatan am yang disalurkan antaranya adalah katil pesakit, peralatan perubatan Oxymeter, komputer riba, tablet, pendingin udara, troli dan meja mudah alih.

“Kerajaan Negeri Kedah amat berterima kasih akan keprihatinan dari pihak Petronas dalam membantu kerajaan negeri Kedah dalam proses vaksinasi,” katanya.

Petronas sentiasa peka dengan situasi semasa dan akan terus memberi sokongan dalam memerangi Covid-19. - Foto ihsan Malay Mail
Petronas sentiasa peka dengan situasi semasa dan akan terus memberi sokongan dalam memerangi Covid-19. – Foto ihsan Malay Mail

Majlis turut disertai Pengarah Kesihatan Negeri Kedah Dr. Othman Warijo dan Pengurus Perhubungan Kerajaan Petronas Wilayah Utara dan Tengah Hazly Azrin Hamzah.

Terdahulu, Zukifli berkata Petronas amat prihatin dengan keadaan semasa khususnya di negeri Kedah.

Justeru, Petronas akan terus menyokong usaha Kerajaan Negeri dalam membantu proses vaksinasi.

“Pihak Petronas menyokong segala usaha Kerajaan Negeri dalam membantu proses vaksinasi di negeri.

“Malah sentiasa mencari inisiatif yang terbaik dalam membantu negara mencapai imuniti kelompok dalam kadar segera,” katanya.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved