fbpx

UMW Toyota Malaysia tangguh operasi, fokus bantu cegah Covid-19

Toyota merupakan antara jenama kenderaan yang mendapat permintaan memberangsangkan di negara ini
Toyota merupakan antara jenama kenderaan yang mendapat permintaan memberangsangkan di negara ini. - Foto ihsan Toyota

UMW Toyota Malaysia mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang terus membantu memacu pertumbuhan ekonomi negara di sebalik ancaman pandemik Covid-19.

Naib pengerusinya Akio Takeyama berkata, dasar kewangan diperkenalkan berjaya membantu syarikat itu kekal berdaya saing walau berdepan cabaran ekonomi semasa.

“Kami sangat berterima kasih kepada kerajaan kerana telah mengambil beberapa langkah dan campur tangan.

“Ini memberi kesan yang tidak terlalu parah terhadap ekonomi termasuklah lanjutan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) yang kami percaya akan terus menyumbang di dalam memulihkan keyakinan membeli,” katanya.

Sementara itu, UMW Toyota menggantung sementara operasi pengilangan serta penjualannya.

Presiden UMW Toyota Motor Ravindran K. berkata, ia sebagai langkah menyokong usaha membasmi penularan Covid-19 di negara ini.

“Kami telah menangguhkan sementara semua perkhidmatan tidak penting.

“Dalam masa sama, kami faham dalam keadaan tidak menentu ini, kami tetap boleh membantu dan menyediakan sokongan.

“Untuk itu, kami akan tetap ada sekiranya kenderaan anda rosak atau dalam kecemasan dan memerlukan perhatian,” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Terdahulu, UMW Toyota Motor memberi lanjutan 30 hari bagi kenderaan pelanggan yang tamat tempoh jaminan ketika Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0).

Baru-baru ini, UMW Toyota Motor  mengumumkan jualan kenderaan Toyota dan Lexus di Malaysia menunjukkan corak peningkatan.

Pada Mei, terdapat kira-kira 7,595 unit sekaligus mencatatkan peningkatan 120 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved