fbpx

Larangan rentas negeri, bagaimana KL-Karak boleh sesak?

Kerajaan melarang sebarang pergerakan rentas negeri sebagai usaha membendung penularan Covid-19
Kerajaan melarang sebarang pergerakan rentas negeri sebagai usaha membendung penularan Covid-19.

KESESAKAN jalan raya bukan suatu yang asing di negara ini apatah lagi ketika musim perayaan.

Walaupun kerajaan melaksanakan larangan rentas negeri susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) namun, masih terdapat kesesakan di beberapa jalan utama.

Semalam, tular di media sosial berlaku kesesakan teruk di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak berdekatan Plaza Tol Gombak.

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna media sosial memuat naik foto kesesakan panjang dipercayai diambil daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

“Menghala ke KL, balik dari mana tu? Seronok ke beraya dekat kampung?

“Korang (anda) boleh tengok sendiri entah dari mana manusia ni,” kata pemilik akaun Twitter Shah Klang.

Sebelum ini, kerajaan melarang sebarang pergerakan rentas negeri tanpa mendapat kebenaran pihak polis.

Selain itu, setiap individu juga dilarang merentas daerah susulan arahan PKP seluruh negara berkuatkuasa 12 Mei sehingga 7 Jun depan.

Sementara itu, rata-rata orang ramai mengecam tindakan individu sengaja merentas negeri bagi menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Jelas mereka, tindakan itu bukan sahaja tidak bertanggungjawab malah, tidak membantu usaha dalam menurunkan kes Covid-19 di negara ini.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved