fbpx

Yamaha R7 2022 bakal dipasarkan dalam masa terdekat?

Yamaha R7 2022 mampu memukau setiap peminat jentera roda dua
Yamaha R7 2022 mampu memukau setiap peminat jentera roda dua.

NAMA Yamaha terus gah dalam industri permotoran dunia dengan kemunculan model terbaharu R7 2022.

Menggantikan Yamaha YZF R6 yang dihentikan pengeluaran tahun lalu, model ini dijangka memberi saingan sengit kepada jentera lain termasuk Kawasaki Ninja 650 dan Aprilia RS660.

Menerusi foto dan video tular di media sosial, R7 2022 kelihatan tampil dengan reka bentuk lebih ‘garang’.

Bagaimanapun, R7 2022 masih memiliki reka bentuk tipikal jentera keluaran Jepun selain menyerupaikan seakan model YZF R6.

Yamaha R7 2022 dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat
Yamaha R7 2022 dijangka akan dilancarkan dalam tempoh terdekat.

Pada bahagian hadapan, R7 2022 turut kelihatan seperti Yamaha R1.

Namun, lampu utama R7 2022 sedikit berbeza kedudukannya selain memiliki DRLs yang lebih mempersona.

Selain itu, R7 2022 juga mempunyai cermin depan yang lebih tinggi dan lebar berbanding R6.

Setakat ini, masih tiada maklumat lanjut mengenai prestasi enjin R7 2022.

Apa yang pasti jentera ini dikatakan menggunakan platfom enjin daripada model Yamaha MT-07.

EnGear akan terus mengikuti rapat perkembangan R7 2022 terutama bagi mengetahui kemampuan deruman enjin jentera ini.

Sama-sama kita nantikan dalam waktu terdekat!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved