fbpx

Pecah cermin kenderaan, suspek pandu Civic ditahan polis

Tindakan empat individu memecahkan cermin sebuah kenderaan tular di media sosial
Tindakan empat individu memecahkan cermin sebuah kenderaan tular di media sosial.

EMPAT lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan insiden cermin kenderaan dipecahkan sekumpulan individu.

Kejadian berlaku di Klang, Selangor tular selepas dua video dimuat naik di media sosial pada 18 April lalu.

Memetik laporan polis, mangsa mendakwa kenderaan dipandunya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kenderaan jenis Honda Civic.

Suspek kemudian bertindak memecahkan cermin kereta mangsa sebelum menariknya keluar dan dipukul menggunakan kayu.

Ujian air kencing terhadap kesemua suspek didapati positif dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved