fbpx

Pemandu, kelindan maut treler bawa bongkah batu terbabas

Sebuah treler terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak mengakibat dua mangsa maut
Sebuah treler terbabas di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak mengakibat dua mangsa maut.

DUA individu maut selepas treler muatan bongkah batu yang dinaiki terbabas dalam satu kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, semalam.

Laporan polis mendedahkan dua mangsa maut merupakan pemandu dan kelindan treler terbabit.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila treler tersebut yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bentong hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

Mayat kedua mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat.

Kes disiasat menurut Seksyen  41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved