fbpx

Cermin kereta retak terkena sisa sampah, mana akal fikiran waras?

Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah dari sebuah flat menyebabkan cermin kenderaan seorang penduduk pecah
Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membuang sampah dari sebuah flat menyebabkan cermin kenderaan seorang penduduk pecah.

SIKAP individu tidak bertanggungjawab membuang sampah dari tingkat atas sebuah flat di Lembah Klang mengundang kecaman ramai.

Tular di media sosial, tindakan itu bukan sahaja menjijikan malah merosakkan kereta diletakkan di kawasan parkir flat berkenaan.

Kecewa dengan insiden itu, seorang lelaki dipercayai pemilik kereta tersebut memuat naik foto di media sosial.

Menerusi foto terbabit, kelihatan cermin hadapan kereta individu bernama Zarizal Asmi retak seribu selain terdapat sisa sampah yang meloyakan.

“Dugaan sungguh nak menyambut bulan Ramadan ini ‘rezeki’ jatuh dari langgit lokasi blok sembilan terima kasih pada yang memberi,” katanya.

Kejadian membuang sampah atau objek dari bangunan flat bukan suatu yang asing di Malaysia.

Malah, sebelum ini terdapat kes maut akibat terkena objek dilontar dari kediaman flat.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved