fbpx

Lumba haram: Polis sita 30 kenderaan, tahan lima remaja

Siasatan polis percaya kereta jenis Proton Wira cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang melintas sebelum bertembung dengan sebuah motosikal
Siasatan polis percaya kereta jenis Proton Wira cuba mengelak daripada melanggar seekor binatang melintas sebelum bertembung dengan sebuah motosikal.

USAHA membasmi kegiatan lumba haram terus diperhebat pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan beberapa lokasi ‘panas’ seluruh negara.

Semalam, lebih 30 buah kereta disita selepas dipercayai terlibat dengan kegiatan lumba haram di daerah Kuantan dan kawasan sekitar.

Operasi dijalankan lebih tujuh jam di Taman Perindustrian Indera Mahkota 14 turut menyaksikan lima remaja ditahan membabitkan kesalahan lalu lintas.

Kesemua remaja terbabit ditahan selepas gagal mengemukakan lesen memandu apabila diminta berbuat demikian.

Sementara itu, polis masih menyiasat sama ada kegiatan lumba haram di kawasan itu melibatkan wang pertaruhan.

Siasatan dijalankan atas pelbagai kesalahan membabitkan Seksyen 81(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menduga kelajuan secara tidak sah.

Sabit kesalahan pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved