fbpx

Isuzu D-Max generasi ketiga bakal berada dalam pasaran hujung April ini?

Isuzu D-Max generasi ketiga tampil lebih 'tegap' dan sporty demi memenuhi permintaan pencinta kenderaan pacuan empat roda (4x4)
Isuzu D-Max generasi ketiga tampil lebih 'tegap' dan sporty demi memenuhi permintaan pencinta kenderaan pacuan empat roda (4x4).

BERITA baik untuk penggemar kenderaan pacuan empat roda (4×4) yang ternanti-nanti kemunculan Isuzu D-Max generasi ketiga!

Terbaharu, Isuzu Malaysia mengumumkan model terbaharunya itu akan memasuki pasaran tempatan bulan ini, jauh lebih awal seperti yang dijadual.

Ketua Pegawai Operasi Bahagian Kenderaan Dagang Ringan Isuzu Malaysia Masayuki Suzuki berkata, pengenalan lebih awal ini dilakukan hasil kerjasama Isuzu Motors Ltd yang melihat Malaysia sebagai pasaran strategik.

“Kami sangat gembira Isuzu D-Max serba baharu ini dapat diperkenalkan lebih awal daripada jangkaan untuk pasaran Malaysia.

“Sebagai negara kelima di dunia yang melancarkan model ini selepas pengenalan sulungnya di Thailand, ia menjadi bukti komitmen oleh Isuzu Motors untuk memastikan pasaran Malaysia menerima pilihan kenderaan Isuzu yang terkini,” katanya menerusi satu kenyataan.

Isuzu D-Max generasi ketiga dibangunkan dengan rekaan lebih sporty selain menampilkan imej jalanan lebih kental.

Didatangkan dengan dengan ukuran dimensi keseluruhan lebih besar, ia juga memiliki ruang kabin dan kargo lebih luas.

Selain itu, Isuzu D-Max generasi ketiga juga mempunyai single cab atau double cab serta dua pilihan enjin — RZ-4E 1.9 liter dan 4JJ-3TCX 3 liter.

Memperolehi penarafan maksimum lima bintang bagi Asean NCAP 2020, Isuzu D-Max generasi ketiga menawarkan tahap keselamatan baharu untuk perlindungan lebih baik.

Ia termasuk ciri-ciri Advanced Driver Assist Systems (ADAS) yang ditawarkan bagi varian terpilih.

Memasuki pasaran tempatan pada hujung April, Isuzu D-Max serba baharu dianggarkan dijual pada harga RM89,000 hingga RM145,000 bergantung kepada model selain tertakluk kepada kelulusan kerajaan.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved