Ford Ranger MS-RT – varian sporty khas untuk pasaran Eropah
BARISAN Ford Ranger di pasaran Eropah kini diperluaskan lagi dengan kehadiran varian sporty baharu yang dikenali sebagai Ranger MS-RT.
Model terbaru ini dibangunkan dengan kerjasama M-Sport (rakan Ford dalam sukan rali), namun jangan harapkan sebarang tambahan kuasa kerana peningkatan yang diberikan terhad kepada aspek kosmetik sahaja.
Pada bahagian hadapan, Ranger MS-RT tampil dengan gril honeycomb dan splitter yang diinspirasikan daripada trak perlumbaan Ranger yang bertanding di Asia.
Sementara itu, profil sisi tampak lebih rendah dengan skirting yang lebih labuh manakala bahagian belakang pula dihiasi dengan diffuser. Turut diberikan adalah grafik MS-RT pada tailgate, cab spoiler dan ducktail spoiler.
Anda mungkin tidak perasan namun Ranger MS-RT sebenarnya 82 mm lebih lebar berbanding versi standard. Fender yang kembang itu ‘diisi’ dengan rim diamond cut berukuran 21 inci yang dibalut tayar profil rendah 275/45 -dikatakan roda paling besar pernah ditawarkan pada Ranger.
Ruang dalaman pula menampilkan tempat duduk baharu yang bukan sahaja nampak lebih sporty namun menawarkan sokongan yang lebih baik. Ia dibalut upholsteri kulit eko dan suede, serta dihiasi corak dan logo MS-RT dan jahitan kontras berwarna biru.
Ciri-ciri lain yang turut disertakan termasuk stereng sport dengan fungsi pemanas dan penanda pukul 12 berwarna biru, skrin sentuh 12 inci dengan sistem infohibur SYNC 4, pendingin hawa automatik dwi zon, Intelligent Adaptive Cruise Control dan Intelligent Speed Limiter.
Di bawah bonet, terdapat enjin turbodiesel 3.0-liter V6 yang menghasilkan 240 PS dan 600 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 10 kelajuan dan sistem pacuan semua roda e4WD yang turut digunakan pada varian-varian Ranger yang lain.
Walaupun tidak mendapat sebarang tambahan kuasa, varian baharu ini menjanjikan pengendalian yang lebih mantap menerusi peredam yang lebih keras pada bahagian hadapan dan suspensi belakang yang ditala semula. Bukan itu sahaja, ketinggiannya juga dikurangkan sebanyak 40 mm.
Lebih penting lagi, keupayaannya sebagai sebuah trak pikap tidak terjejas. Ia masih boleh mengangkut beban sehingga 1,000 kg dan mempunyai kapasiti menunda sehingga 3,500 kg.
Hidup ini terlalu singkat untuk bertekak tentang kereta mana yang paling hebat. Pandulah apa sahaja, yang penting anda puas hati.
280461 316106youve gotten an crucial weblog correct here! would you wish to make some invite posts on my weblog? 330594
280910 818842not everybody would need a nose job but my girlfriend genuinely needs some rhinoplasty coz her nose is kind of crooked- 175137