fbpx

Honda, GM bergabung produksi EV dengan harga lebih mampu milik

Honda dan General Motors bergabung tenaga hasilkan kenderaan elektrik. - Foto ihsan Facebook/Honda
Honda dan General Motors bergabung tenaga hasilkan kenderaan elektrik. - Foto ihsan Facebook/Honda

HONDA Motor dan General Motors (GM) berganding kepakaran bagi membangunkan kenderaan elektrik (EV), lapor Reuters.

Kerjasama itu secara tidak langsung memberi saingan kepada Tesla yang dilihat menguasai pasaran EV terutama di Amerika Syarikat (AS).

Hal ini kerana produk EV dihasilkan Honda dan GM diramal akan dipasarkan pada harga jauh lebih murah berbanding kenderaan keluaran Tesla.

Honda e antara kenderaan elektrik (EV) yang percha dihasilkan Honda. - Foto ihsan Wikipedia
Honda e antara kenderaan elektrik (EV) yang percha dihasilkan Honda. – Foto ihsan Wikipedia

Antara jenis atau segmen kenderaan bakal dihasilkan Honda dan GM termasuk jenis crossover bersaiz kompak.

Ia dikatakan bakal menggunakan teknologi bateri Ultium daripada GM menjelang tahun 2027.

Harga yang ditawarkan juga sangat mampu milik bagi sebuah EV iaitu bermula daripada AS$30,000 atau bersamaan RM127,000.

Sementara itu, Honda dan GM juga bakal menghasilkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) elektrik pada 2024 yang dikenali sebagai Prologue dan Acura.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved