fbpx

Omicron: Penumpang wajib jalani ujian ATK sebelum naiki bas di Thailand

Thailand dijangka akan bertambah sesak bersempena cuti sambutan tahan baharu nanti. - Foto ihsan Wikipedia
Jalan raya di Thailand dijangka akan bertambah sesak bersempena cuti sambutan tahan baharu nanti. - Foto ihsan Wikipedia

PENULARAN Covid-19 terus menjadi ancaman bagi kebanyakan negara buat masa ini.

Sambutan tahun baharu tidak lama lagi misalnya memaksa pihak berkuasa mempertingkatkan tahap keselamatan bagi menghalang penularan virus itu.

Thailand misalnya mengeluarkan arahan terbaharu melibatkan keselamatan bagi penumpang menaiki kenderaan awam.

Hal ini kerana kerajaan Thailand menjangkakan terdapat pertambahan penumpang pengangkutan awam bersempena cuti tahun baharu nanti.

Jurucakap Kerajaan Thanakorn Wangboonkongchana berkata, Perdana Menteri Thailand juga meminta pihak berkuasa mengetatkan langkah pencegahan Covid-19 bagi pengangkutan awam selain memantau aliran trafik.

“Beliau mengarahkan Kementerian Kesihatan Awam bersama-sama Kementerian Pengangkutan dan Transport Co. Ltd. menyelaraskan langkah bagi menampung sejumlah besar penumpang bas awam.

“Kementerian Pengangkutan juga diarah memastikan aliran trafik bergerak lancar bermula 29 Disember hingga 4 Januari,” katanya seperti dilapor Bernama.

Sejak Isnin, Thailand mencatatkan lebih 500 kes Covid-19 daripada varian Omicron.

Ia menjadikan jumlah jangkitan di negara itu kepada 2,214,712 kes dengan 21,630 kematian.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Awam mencadangkan semua penumpang bas awam melibatkan tempoh perjalanan selama empat jam dan lebih harus menjalani ujian menggunakan Kit Ujian Antigen (ATK).

Mereka juga diwajibkan dan memakai pelitup muka pada setiap masa.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved