fbpx

Quartararo bersinar di Doha, Zarco pertama carta keseluruhan pelumba

Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Fabio Quartararo mencetak kemenangan sulung dalam perlumbaan musim ini di Grand Prix (GP) Doha
Pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP Fabio Quartararo mencetak kemenangan sulung dalam perlumbaan musim ini di Grand Prix (GP) Doha.

GRAND Prix (GP) Doha menyaksikan pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo berjaya menduduki tempat pertama perlumbaan dalam satu aksi mendebarkan awal pagi tadi.

Memulakan perlumbaan di petak kedua, Quatararo mencatatkan masa keseluruhan 42’23.997.

Pelumba pasukan Ducati Pramac Racing Johann Zarco pula berada di tempat kedua dengan masa keseluruhan 42’25.454, diikuti rakan sepasukan Jorge Martin di tempat ketiga (42’25.497).

Sementara itu, pasukan Petronas Sepang Racing Team (SRT) terus gagal bersinar di pusingan kedua MotoGP selepas pelumbanya Franco Morbidelli hanya menamatkan perlumbaan di tempat ke-12.

Legenda MotoGP yang juga mewakili pasukan Petronas SRT musim ini, Valentino Rossi juga sekadar terpaksa berpuas hati menduduki tempat ke-16 perlumbaan.

Selesai pusingan kedua perlumbaan musim ini, kedudukan keseluruhan pelumba menyaksikan Zarco berada di tempat teratas, diikuti Quartararo di tempat ke dua dan Maverick Vinales (Monster Energy Yamaha MotoGP), ketiga.

Perlumbaan MotoGP seterusnya akan berlangsung pada 18 April ini di GP 888 de Portugal.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved