PETRONAS Lubricants International jalin kerjasama dengan UM Motorcycles, bekal PETRONAS Sprinta ke pasaran global
PETRONAS Lubricants International (PLI) mengumumkan kerjasama strategik dengan UM Motorcycles.
Untuk makluman, UM Motorcycles merupakan jenama motosikal dari Miami, Amerika Syarikat yang diasaskan pada tahun 1999.
Hadir di lebih 40 buah negara, jenama ini menawarkan pelbagai jenis motosikal termasuk cruiser, naked, adventure serta skuter.
Bekal pelincir PETRONAS Sprinta

Melalui perjanjian itu, PLI akan membekalkan minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada rangkaian pengedar dan selepas jualan UM Motorcycles di pasaran terpilih sekitar Asia Pasifik, Eropah, Afrika dan Amerika Latin.
Fasa awal melibatkan produk terpilih dengan teknologi UltraFlex™, yang dirumus untuk memberikan tindak balas segera serta perlindungan serentak kepada enjin, klac dan gear.
Ia turut menyokong ketahanan enjin dalam pelbagai keadaan, daripada permulaan sejuk dan trafik henti-gerak hingga tunggangan mencabar di jalan terbuka.
Kerjasama ini membuka peluang pertumbuhan antarabangsa kepada PLI, manakala rangkaian UM Motorcycles mendapat manfaat daripada kepakaran pelincir syarikat tersebut.
PLI turut menyokong pembangunan pengedar, latihan teknikal dan pemasaran bersama bagi meningkatkan nilai kepada pelanggan serta mutu selepas jualan.
Bekalan pertama dijadualkan tersedia pada Oktober 2026, bermula di Asia, sebelum diperluas secara berperingkat ke Eropah, Timur Tengah dan Afrika (EMEA), serta benua Amerika.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.