Royal Enfield Guerrilla 450 APEX 2026 rasmi di Malaysia, harga dari RM28,000

Royal Enfield Guerilla Apex 450

Royal Enfield secara rasmi memperkenalkan Guerrilla 450 APEX 2026 untuk pasaran Malaysia.

Model yang dibangunkan berasaskan platform Guerrilla 450 itu tampil dengan beberapa penambahbaikan yang menjadikannya lebih sporty.

Ia ditawarkan pada harga dari RM28,000 dengan pilihan warna APEX Red, APEX Green dan APEX Black.

Spesifikasi

Guerrilla 450 APEX masih menggunakan enjin silinder tunggal Sherpa 452 cc sejukan cecair yang menghasilkan 40 PS @ 8,000 rpm dan daya kilas 40 Nm @ 5,500 rpm.

Suspensi terdiri daripada fork teleskopik 43 mm di depan diikuti penyerap hentak tunggal di belakang.

Bagi varian APEX, Royal Enfield memperkenalkan pemegang hendal aluminium yang lebih rendah serta diposisikan semula bagi menghasilkan posisi tunggangan yang lebih condong ke hadapan dan berkarakter sporty.

Turut baharu adalah penggunaan tayar Vredestein Centuro ST 17 inci yang lebih memfokuskan kepada prestasi jalan raya, selain menawarkan tahap cengkaman lebih baik di atas permukaan basah dan kurang cengkaman.

Mod tunggangan Street dan Sport turut dikemas kini dengan fungsi mode retention yang membolehkan motosikal mengingati mod tunggangan terakhir walaupun selepas enjin dimatikan.

Ciri-ciri lain

Antara kelengkapan yang ditawarkan termasuk:

  • paparan TFT bulat 4 inci Tripper Dash
  • navigasi berasaskan Google Maps
  • sambungan telefon pintar
  • pelekat rim standard
  • penutup tempat duduk belakang (rear seat cowl)
  • penutup hadapan mengikut warna badan
  • pelindung tangan (handguard)
  • jeriji lampu hadapan (headlight grille)
  • lampu LED
  • pelana 780 mm
  • tangki bahan api 11 liter

Selain varian APEX, Royal Enfield turut memperkenalkan warna baharu Twilight Blue untuk varian Dash.

Tempahan kini dibuka di semua lapan pengedar sah Royal Enfield di Malaysia yang terletak di Petaling Jaya, Batu Caves, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Kuching dan Kota Kinabalu.

Setiap pembelian Guerrilla 450 APEX didatangkan dengan jaminan tiga tahun tanpa had perbatuan serta bantuan tepi jalan (RSA) selama tiga tahun.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved