Nissan Z Kaze (2027) tampil dengan bumbung T-top, naik taraf Nismo dan gaya tuner 90-an

Nissan Z Kaze exterior

Nissan telah memperkenalkan model konsep Z Kaze di ZCON, konvensyen tahunan Z Car Club Association yang diadakan di Phoenix, Arizona baru-baru ini.

Dibangunkan berasaskan model Z generasi semasa, ia dihasilkan sebagai penghormatan moden kepada legasi Z dengan elemen reka bentuk serta gaya pemanduan era terdahulu.

Bumbung T-top bertemu gaya tuner era 90-an

Nissan Z Kaze exteriorNama Kaze diambil daripada perkataan Jepun yang bermaksud “angin”. Konsep ini dibangunkan oleh pasukan perancang produk dan pereka Nissan sebagai projek ‘suka-suka’ yang menggabungkan warisan kereta sport Nissan dengan budaya modifikasi kereta era 1990-an.

Kemasan luaran menggunakan warna Pacific Teal, dengan beberapa naik taraf untuk memberikan Z penampilan yang lebih agresif. Antaranya ialah bonet gentian karbon ringan dengan lubang pengudaraan, fender yang dilebarkan serta kit aerodinamik badan daripada gentian karbon.

Nissan Z Kaze interiorZ Kaze turut menggunakan rim Nismo LMGT2 18 inci yang ditempa dan terdiri daripada beberapa bahagian. Rim ini sebenarnya sudah lama tidak dikeluarkan, jadi Nissan telah mendapatkan satu set asal yang dibina semula khusus untuk konsep ini.

Lebar rim tersebut ialah 10 inci di hadapan dan 11 inci di belakang, sekali gus memberikan penampilan yang lebih berisi pada bahagian sisi.

Di dalam, Z Kaze menampilkan tempat duduk dibalut kulit putih, bersama kemasan gentian karbon untuk memberikan suasana lebih sporty. Tempat duduk tersebut turut dilengkapi pembesar suara Bose Personal Plus pada perehat kepala, membolehkan penumpang menikmati muzik walaupun bumbung ditanggalkan.

Nissan Z Kaze interiorEnjin V6 turbo berkembar dapat sentuhan GReddy

Apa yang lebih menarik, bahagian mekanikal Z Kaze turut mendapat beberapa peningkatan, dengan sistem suspensi dinaik taraf menggunakan komponen Nismo.

Enjin asal 3.0-liter turbo V6 dikekalkan, namun sesuai dengan tema konsep ini, beberapa komponen daripada syarikat talaan Jepun GReddy digunakan bagi memberikan kuasa yang lebih mengujakan.

Nissan Z Kaze engineAntaranya ialah sistem ekzos Supreme SP, kit intercooler udara-ke-udara yang dipasang di bahagian hadapan serta kit penapis udara Airinx. Jumlah kuasanya tidak didedahkan namun ia sudah pasti lebih tinggi berbanding versi standard yang menjana 400 hp dan 475 Nm.

Z moden dengan semangat kereta sport klasik

Menurut Nissan, Z Kaze dibangunkan dengan inspirasi daripada pengalaman memandu di sepanjang Pacific Coast Highway, California, pada hari musim panas.

Nissan Z Kaze exteriorKonsep ini menggabungkan elemen daripada sejarah Z, budaya talaan era 1990-an serta pengalaman pemanduan terbuka yang ditawarkan oleh bumbung T-top.

Buat masa ini, Z Kaze kekal sebagai kereta konsep dan projek khas Nissan, tanpa pengumuman mengenai sebarang rancangan untuk menawarkannya dalam pasaran.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2026 © ENGEAR TV | All Rights Reserved