Suzuki Jimny Rhino Plus 2026 rasmi dilancarkan – harga RM173,900
Selain Jimny AllGrip Plus, Naza Eastern Motors turut melancarkan sebuah lagi varian Jimny yang lebih bergaya iaitu Suzuki Jimny Rhino Plus 2026.
Varian ini dijual pada harga RM173,900.
Spesifikasi
Secara standard, Jimny Rhino Plus mengekalkan padanan enjin 1.5 liter, transmisi automatik 4-kelajuan dan sistem pacuan AllGrip Pro yang sama seperti Jimny AllGrip Plus.
Karakter Jimny Rhino Plus sebenarnya lebih menyerlah dengan kehadiran aksesori eksklusif seperti:
- hiasan decal Rhino
- rim aloi 15 inci yang digilap
- mud flap merah depan dan belakang
- kemasan bawah bampar depan
- pelindung tayar simpanan dengan logo Rhino
- jeriji depan eksklusif
- kemasan decal sisi
Keselamatan
Secara standard, Jimny Rhino Plus hadir dengan ciri seperti enam beg udara SRS, ABS, ESP, Bantuan Mula Mendaki (HHC) serta Bantuan Menurun Cerun (HDC).
Varian ini turut mengekalkan fungsi ADAS yang sama seperti varian Jimny AllGrip Plus.
Jimny Rhino Plus didatangkan dengan pilihan warna berikut:
- Kinetic Yellow + Bluish Black Pearl
- Chiffon Ivory Metallic + Bluish Black Pearl
- Pure White Pearl
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

















