Xpeng Malaysia lancar Mega X9 Rewards, tawar manfaat sehingga RM45 ribu
Xpeng Malaysia melancarkan program pemilikan Mega X9 Rewards bagi meningkatkan nilai keseluruhan pemilikan MPV Xpeng X9.
Sepanjang Jun 2026, pelanggan yang membeli Xpeng X9 model tahun 2025 layak menerima manfaat pemilikan bernilai sehingga RM45,000.
Perincian Mega X9 Rewards
Pelanggan yang layak akan menerima:
- Rebat tunai RM20,000
- Sokongan insurans sehingga RM10,000
- Pengecas dinding percuma bernilai RM5,000
- Keistimewaan korporat bernilai RM10,000 (untuk syarikat & profesional terpilih)
Program ini akan berlangsung sehingga 30 Jun 2026, tertakluk kepada terma, syarat dan ketersediaan.
Spesifikasi Xpeng X9
Xpeng X9 dilancarkan secara rasmi oleh Xpeng Malaysia pada tahun lalu, dan diposisikan sebagai model bertaraf andalan jenama tersebut.
Ia dipacu motor elektrik tunggal gandar depan menghasilkan 315 hp dan 450 Nm.
Pecutan 0-100 km/j mengambil masa 7.7 saat, manakala kelajuan maksimum boleh mencecah 200 km/j.
Xpeng X9 ditawarkan dengan dua pilihan bateri, iaitu LFP 84.5 kWh dengan jarak pandu 500 km.
Sementara varian Long Range mendapat bateri NMC 101.5 kWh dengan jarak pandu 590 km (data WLTP).
Dengan menggunakan platform 800V Silicon Carbide (SiC), Xpeng X9 menyokong pengecasan pantas kurang 20 minit dari 10-80 peratus SoC.
Perincian penuh Xpeng X9 anda boleh baca pada pautan INI.
Seorang yang minat memandu kereta manual, namun lebih gemar memilih skuter automatik. Faktor usia, mungkin.

















