Denda RM500 dan penjara hingga 3 bulan jika benarkan budak keluar kepala di sunroof – PDRM


POLIS Di Raja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan amaran kepada pemandu supaya tidak memandu dengan membenarkan kanak-kanak mengeluarkan kepala atau anggota badan di sunroof (bumbung suria).
Kenyataan itu merupakan respon kepada video yang dimuatnaik oleh pengguna Twitter @nabilahroslan yang menunjukkan sebuah Proton X70 merah di lorong laju lebuh raya NKVE dengan kanak-kanak berdiri menerusi sunroof.
ACP Mohamad Fakhrudin bin Abdul Hamid, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, “PDRM juga telah menyeru pemilik atau pemandu kereta yang terlibat dan mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut untuk tampil membuat laporan polis dan membantu siasatan dengan ke balai polis berhampiran.”
Ulasnya dalam kenyataan sama, “Mengikut Seksyen 336 kanun keseksaan, segala perbuatan cuai sehingga membahayakan nyawa manusia, atau keselamatan orang lain boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau denda tidak melebihi RM500 atau kedua-duanya.”
“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penolong pegawai penyiasat trafik, Sarjan Mejar Mohd Yusof Hamzah di talian 011-23065984 bagi membantu siasatan,” katanya.
Sila amik tindakan keatas pemandu yang membenarkan kanak2 mengeluarkan separuh anggota badan di lebuh raya NKVE Subang ke Bukit Lanjan @PDRMsia @JPJ_Malaysia @LLMrasmi kejadian 23/1 @ 1.15pm pic.twitter.com/TxAB01HICW
— Bella (@nabilahroslan) January 23, 2023

Sentiasa berdoa agar ICE dan transmisi manual akan kekal relevan dan takkan pupus. Lebih mementingkan keseimbangan dari kuasa semata.