fbpx

Wiper berbunyi, jangan sampai hilang fokus pemanduan

Pemandu perlu memastikan wiper kenderaan berada dalam keadaan baik bagi memastikan keselesaan pemanduan ketika hujan
Pemandu perlu memastikan wiper kenderaan berada dalam keadaan baik bagi memastikan keselesaan pemanduan ketika hujan.

Faktor wiper berbunyi

Pada kebiasaannya, masalah wiper berbunyi berpunca daripada tiga faktor utama. Ketiga-tiga faktor ini termasuk masalah kerosakan bilah, cermin atau teknikal. Jom kita semak satu demi satu!

1. Jenis bilah wiper

Wiper jenis getah mempunyai kebarangkalian tinggi untuk mudah rosak. Pemilik kenderaan dinasihatkan untuk menukar wiper jenis ini setidak-tidaknya dalam tempoh enam bulan sekali. Jika malas, tukar sahaja kepada wiper jenis silikon kerana ia bukan sahaja lebih tahan lama tetapi tidak mudah lentur.

2. Cermin

Cermin kotor mempunyai kebarangkalian tinggi menyebabkan wiper kenderaan mengeluarkan bunyi bising. Hal ini mungkin disebabkan terdapat kesan kotoran yang tidak tertanggal seperti tar, minyak dan sebagainya. Cara mudah untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencuci menggunakan ejen pencuci khas.

3. Kerosakan mekanikal

Masalah wiper berbunyi mungkin juga disebabkan daripada kerosakan motor. Salah satu cara mengatasi adalah dengan mengenakan gris pada bahagian mekanikal atau menggunakan cecair pencuci karat. Jika masih juga berbunyi, tukar sahaja komponen motor yang baharu.

Demikian antara perkongsian mengenai masalah wiper berbunyi. Semoga informasi ringkas ini membantu anda…jumpa lagi!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved