fbpx

Kenderaan rosak akibat banjir, ketahui tips penting ini

Kenderaan yang ditenggelami banjir perlu dibaiki dengan rapi demi memastikan enjin tidak berdepan kerosakan teruk
Kenderaan yang ditenggelami banjir perlu dibaiki dengan rapi demi memastikan enjin tidak berdepan kerosakan teruk.

BANJIR kilat tatkala hujan lebat bukan suatu yang asing bagi kebanyakan warga kota.

Walaupun sudah ‘lali’ dengan situasi ini, rata-rata tetap kecewa dengan masalah menimpa apatah lagi ia merosakkan harta benda terutama kenderaan.

Jadi, kami di EnGear ingin kongsi tips penting jika kenderaan anda ditenggelami banjir.

Jangan hidupkan enjin kereta

Perkara pertama perlu dielak adalah jangan hidupkan enjin kenderaan.

Ini kerana enjin yang terendam dalam banjir berisiko mengalami lintar pintas atau short circuit.

Hubungi pihak insuran

Anda diminta hubungi pihak insuran secepat mungkin.

Pastikan anda mendapatkan maklumat penting mengenai tuntutan kerugian termasuk perkhdimatan lain yang disediakan.

Kumpul bukti

Sebaik-baiknya anda mengambil foto kenderaan ketika atau sesudah ditenggelami banjir.

Tindakan ini sebagai bukti serta memudahkan urusan tuntutan kepada pihak insuran.

Lapor kepada pihak polis

Laporan kepada pihak polis perlu dilakukan dalam tempoh kurang 24 jam.

Dokumen laporan ini penting untuk tuntutan kepada pihak insuran.

Periksa kenderaan anda

Kenderaan anda hendaklah diperiksa dengan teliti sesudah diperbaiki.

Dapatkan maklumat mengenai komponen yang telah ditukar. Ini penting untuk mengelak anda daripada ditipu.

Langgan insuran bencana alam

Insuran bencana alam amat penting pada masa kini.

Malang tidak berbau, maka jangan teragak-agak untuk melanggan insuran bagi melindungi kenderaan anda daripada bencana alam.

Demikian antara tips penting yang kami kongsikan untuk anda jika kenderaan rosak akibat banjir.

Semoga tips ini memberi ilmu tambahan dan persediaan kepada anda jika berdepan insiden tidak terduga.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved