fbpx

Enam perkara wajib penunggang motosikal perlu tahu, atasi risiko kemalangan

Screenshot 2021-07-22 at 2.29.36 PM

PENUNGGANG motosikal tidak dinafikan sentiasa terdedah kepada bahaya.

Berdasarkan statistik kemalangan jalan raya, penunggang motosikal paling berisiko di negara ini.

Terdapat lebih 7,525 kemalangan jalan raya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu dan daripada jumlah itu, 2,576 kematian adalah penunggang motosikal!

Senario ini sudah pasti membimbangkan seluruh rakyat Malaysia dan sudah pasti setiap pihak perlu memainkan peranan masing-masing.

Salah satu kaedah terbaik adalah dengan sentiasa mengambil langkah keselamatan sewajarnya.

Tips tunggang motosikal dengan selamat

Artikel kali ini EnGear ingin kongsi bersama anda beberapa tips keselamatan sewaktu menunggang motosikal.

Jom check it out!!!

Pakai jaket sesuai

Pemakaian jaket yang sesuai sebenarnya sangat penting. Ia bukan sahaja melindungi tubuh badan daripada sinaran matahari atau hujan.

Apa yang penting bagaimana jaket mampu mengurangkan risiko luka jika anda terjatuh daripada motosikal.

Jaket yang dipakai perlu sesuai dengan saiz badan dan sebaiknya ia mempunyai padding di bahagian lengan serta siku.

Pemakaian jaket yang sesuai boleh mengurangkan risiko kecederaan jika berdepan kemalangan. - Foto ihsan Alpinestars
Pemakaian jaket yang sesuai boleh mengurangkan risiko kecederaan jika berdepan kemalangan. – Foto ihsan Alpinestars

Pakai sarung tangan

Jangan malu untuk pakai sarung tangan walaupun anda hanya menunggang “kapchai”.

Pemakaian sarung tangan yang sesuai boleh menghalang tangan anda khususnya pada bahagian tapak daripada mengalami luka parah.

Terdapat pelbagai variasi sarung tangan yang boleh digunakan ketika menunggang motosikal. - Foto ihsan Dainese
Terdapat pelbagai variasi sarung tangan yang boleh digunakan ketika menunggang motosikal. – Foto ihsan Dainese

Jangan pakai selipar

Seboleh-bolehnya jangan pakai selipar ketika menunggang motosikal.

Gunakan kasut yang sesuai (tertutup) bagi mengelak risiko kecederaan.

Mungkin ramai yang anggap pemakaian kasut adalah suatu yang leceh dan remeh sehinggalah kuku kaki tertanggal baru nak tepuk dahi.

Pakai kasut yang sesuai untuk elak risiko kecederaan parah jika kemalangan. - Foto ihsan Unsplash/Aleksandr
Pakai kasut yang sesuai untuk elak risiko kecederaan parah jika kemalangan. – Foto ihsan Unsplash/Aleksandr Gordikov

Jangan masuk simpang terburu-buru

Sering berlaku penunggang motosikal bersikap terburu-buru terutama ketika memasuki simpang.

Terdapat banyak kes yang mana penunggang motosikal cuai dan terburu-buru memasuki simpang sehingga akhirnya berdepan kemalangan.

Antara faktor kemalangan adalah kerana sikap terburu-buru. - Foto ihsan Unsplash/Abdrahim Oulfakir
Antara faktor kemalangan adalah kerana sikap terburu-buru. – Foto ihsan Unsplash/Abdrahim Oulfakir

Elak rapat dengan kenderaan besar

Ada dalam kalangan penunggang motosikal terlebih berani sehingga tidak kisah untuk rapat dengan kenderaan besar seperti bas dan lori.

Anda perlu sedar diri yang mana kenderaan lain adalah lebih jauh besar.

Kemungkinan untuk pemandu tidak nampak kedudukan motosikal anda amat tinggi.

Maka, untuk elak jadi sebahagian daripada statistik kemalangan sila jangan rapat dengan kenderaan besar.

Kebanyakan kemalangan motosikal dan kenderaan berat adalah kerana masalah titik buta. - Foto ihsan Unsplash/Krzysztof Kowalik
Kebanyakan kemalangan motosikal dan kenderaan berat adalah kerana masalah titik buta. – Foto ihsan Unsplash/Krzysztof Kowalik

Gunakan “said mirul” (side mirror)

Kadang-kala tak faham dengan sikap segelintir individu dengan sengaja tidak menggunakan side mirror di motosikal mereka.

Mungkin mahu motosikal kelihatan ‘garang’ tetapi tanpa disedari ia sangat berbahaya.

Gagal menggunakan side mirror juga boleh menyebabkan penunggang motosikal dikenakan saman oleh pihak berkuasa.

Kenderaan yang tidak mempunyai side mirror adalah salah di sisi undang-undang jalan raya di Malaysia. - Foto ihsan Unsplash/Fikri Rasyid
Kenderaan yang tidak mempunyai side mirror adalah salah di sisi undang-undang jalan raya di Malaysia. – Foto ihsan Unsplash/Fikri Rasyid

Itu antara beberapa tips menunggang motosikal dengan selamat.

Tidak dinafikan memang penunggang motosikal amat berisiko tetapi menjadi tanggungjawab kita juga untuk mengambil inisiatif keselamatan sendiri.

Apa pun EnGear doakan kita semua terhindar daripada kemalangan jalan raya.

Amin!!!

Lihatkan Ulasan (9)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved