fbpx

Tragedi KRI Nanggala 402, apa yang boleh dipelajari?

Perkara paling penting yang perlu dilakukan jika terperangkap dalam kenderaan yang sedang tenggelam adalah "tenang"
Perkara paling penting yang perlu dilakukan jika terperangkap dalam kenderaan yang sedang tenggelam adalah "tenang".

TRAGEDI kemalangan menimpa kapal selam milik tentera Indonesia KRI Nanggala 402 baru-baru ini mengejutkan kita semua.

Amat menyedihkan insiden telah mengorbankan kesemua 53 kru kapal berkenaan.

Di media sosial, rata-rata meluahkan rasa sedih sambil menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Bagaimanapun, ada juga warga maya mempersoalkan mengapa kru kapal tidak menyelamatkan diri dengan berenang keluar dari kapal terbabit?

Faktor tiada kru terselamat

Laporan media mendedahkan kapal selam KRI Naggala 402 ditemui di dasar laut pada kedalaman lebih 800 meter.

Ketika ditemui kapal terbabit dilaporkan terbelah kepada tiga bahagian.

Ini jelas menunjukkan bahawa tekanan di dasar laut begitu kuat sehingga menyebabkan badan kapal malang itu terbelah kepada tiga bahagian.

Makanya, adakah mampu untuk kru kapal keluar dan berenang menyelamatkan diri?

Sudah pasti tidak kerana badan manusia hanya mampu berada pada kedalaman kurang 60 meter di dasar laut tanpa peralatan menyelam!

Tekanan di dasar laut akan menyebabkan kerosakan organ badan manusia termasuk sistem pendengaran, penglihatan, paru dan sebagainya.

Bagaimana jika terperangkap dalam kereta?

 Situasi terperangkap dalam kereta sudah pasti sangat berbeza jika dibandingkan dengan tragedi kapal selam milik tentera Indonesia.

Berikut antara beberapa langkah yang boleh diambil jika terperangkap dalam kenderaan yang sedang tenggelam:

  1. Jangan cemas! Anda perlu tenang kerana sesebuah kereta akan mengambil masa satu sehingga dua minit untuk tenggelam di dasar air.
  2. Buka tali keledar.
  3. Buka pakaian terutama jika anda memakai seluar jenis jeans. Ini penting untuk memudahkan anda berenang kerana menjadi lebih ringan tanpa pakaian.
  4. Pecahkan tingkap pintu kereta dengan objek tajam. Anda boleh gunakan bahagian besi terdapat di sandaran kepala kerusi.
  5. Buka pintu jika kenderaan telah tenggelam sepenuhnya. Anda perlu tenang kerana pintu sukar dibuka jika kenderaan tidak tenggelam sepenuhnya.
  6. Jangan putus asa. Sekali lagi apa yang anda perlu lakukan sebelum keluar dari kenderaan adalah perlu bersikap tenang.
Besi terdapat pada 'headrest' kerusi kereta boleh digunakan untuk memecahkan tingkap kereta
Besi terdapat pada 'headrest' kerusi boleh digunakan untuk memecahkan tingkap kereta.

Kesimpulannya, adalah penting untuk mengetahui kaedah menyelamatkan diri jika kenderaan kita naiki terperangkap dalam air.

Namun, apa yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 adalah di luar kemampuan manusia.

Tragedi berlaku merupakan ujian daripada-Nya.

Kami di EnGear mengucapkan takziah buat keluarga semua wira terkorban.

#IndonesiaKamiBersamaMu

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved