fbpx

Lamborghini musnah terbakar dalam kemalangan di LPT

Sebuah Lamborghini musnah 100 peratus dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT)
Sebuah Lamborghini musnah 100 peratus dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

SEBUAH kereta mewah jenis Lamborghini Urus musnah dalam satu kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT), semalam.

Kemalangan menyebabkan kenderaan tersebut hangus 100 peratus akibat dijilat api.

Memetik laporan bomba, dua mangsa bersama seorang kanak-kanak terselamat dalam kemalangan terbabit.

“Sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Maran bersama sebuah jentera dan ambulans dikejarkan ke lokasi,” memetik laporan di Facebook Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku akibat kenderaan hilang kawalan.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved