fbpx

Pandu kereta dengan ‘cool’, jangan tinggal petua ini

Setiap individu perlu berada pada posisi selesa ketika memandu demi keselamatan diri, penumpang dan orang sekeliling
Setiap individu perlu berada pada posisi selesa ketika memandu demi keselamatan diri, penumpang dan orang sekeliling.

RAMAI di kalangan kita tidak dinafikan ingin kelihatan ‘cool’ ketika memandu kereta.

Sudah habis berpuluh malah ada yang belasan ribu ringgit untuk kereta, makanya tidak seronok jika kita dilihat ‘janggal’ memegang stereng kereta.

Namun, ‘janggal’ atau tidak bukan persoalan utama.

Apa yang penting adakah kita duduk dengan posisi betul ketika memandu kereta?

Tips posisi pandu kereta dengan sempurna

Terdapat beberapa tips boleh anda amalkan untuk memandu kereta dengan posisi duduk yang betul.

Antaranya adalah:-

  1. Pastikan kedudukan kaki boleh memijak pedal brek dengan daya tekanan maksima. Jarak kaki tidak boleh jauh atau terlalu dekat. Anda juga perlu pastikan kedudukan lutut boleh dibengkokkan. Ini penting bagi mengurangkan risiko kecederaan jika mengalami kemalangan.
  2. Elak posisi duduk terlalu dekat dengan stereng. Ia bertujuan mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian dada jika berlaku kemalangan. Jarak terbaik adalah apabila memegang stereng, bahu anda dapat menyentuh kerusi selain siku boleh dibengkok sedikit.
  3. Posisi memandu yang betul kebiasaan sedikit tegak. Selain itu, posisi ketinggian tempat duduk mempunyai jarak sekurang-kurangnya empat jari di antara kepala dengan siling bumbung kenderaan. Kemudian, ubah ketinggian kerusi atau posisi stereng dengan memastikan ia berada sama paras dengan dada.

Kesimpulannya, memandu dengan ‘cool’ adalah pemandu mendapat keselesaan menyeluruh di atas jalan raya.

Paling mustahak, langkah keselamatan tidak diabaikan bukan sahaja untuk diri sendiri malah, penumpang dan pemandu lain juga terselamat.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved