fbpx

Kenderaan ‘melayang’ ketika lalu lopak air, apa perlu buat?

Elak memandu dengan kelajuan tinggi ketika atau selepas hujan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku
Elak memandu dengan kelajuan tinggi ketika atau selepas hujan bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku.

PERNAHKAH anda mengalami situasi yang mana kenderaan dipandu seolah-olah ‘terbang’ atau melayang ketika melalui lopak air atas permukaan jalan raya?

Jika ya, pasti ia agak mencemaskan bukan?

Tidak dinafikan, permukaan jalan raya licin atau bertakung boleh menjadi punca berlaku kemalangan.

Ia terjadi apabila tayar kenderaan tidak mengenai permukaan jalan raya akibat terdapat takungan air yang banyak sekaligus menghilangkan cengkaman.

Situasi ini disebut sebagai aquaplaning.

Aquaplaning bukan sahaja membuatkan anda terasa ‘terapung’ malah, stereng kenderaan juga mulai terasa ringan atau kurang responsif.

Jadi, apakah anda perlu lakukan?

Pertama, elak daripada melakukan brek mengejut. Ini kerana kenderaan yang berhenti secara mengejut di atas permukaan takungan air berisiko untuk terbabas.

Kedua, pandu kenderaan dengan perlahan ketika atau selepas hujan. Kajian mendapati kenderaan dipandu melebihi 8okm/j berisiko untuk berdepan aquaplaning.

Ketiga, jangan guna fungsi auto cruise control atau kawalan jelajah ketika dan selepas hujan. Ia menyukarkan anda untuk mengawal kelajuan kenderaan.

Keempat, jangan tinggalkan ketiga-tiga tips yang kami kongsikan di atas. Nescaya, kemungkinan besar untuk anda mengalami aquaplaning adalah sangat tipis.

Sentiasa berhati-hati ketika memandu walau dalam apa jua keadaan.

Ingatlah, peribahasa ‘malang tidak berbau’ itu adalah benar.

Selamat memandu!

 

 

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved