Zeekr Intelligent Technology Malaysia mengumumkan pembukaan tempahan bagi model Zeekr X 2026 yang dinaik taraf.
Terdapat dua varian ditawarkan iaitu Premium dan Flagship, dengan harga jualan anggaran dari RM160,000 hingga RM180,000.
Spesifikasi
Zeekr X varian Flagship AWD kini mampu menghasilkan kuasa 489 hp dan 573 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dalam 3.7 saat.
Varian ini turut mendapat manfaat pengecasan AC 22 kW untuk pengecasan penuh 0-100 km/j dalam 4 jam, dan jarak pandu 445 km (data WLTP).
Antara ciri lain termasuklah:
- rim tempa 20 inci hitam
- tempat duduk hadapan dengan fungsi ventilasi dan urut
- kemasan dalam hitam
- tali pinggang keledar merah
- warna baharu Onyx Black dan Matte Khaki Green
Varian Premium RWD pula mampu menjana kuasa 335 hp dan 373 Nm yang dipadankan dengan pengecasan AC 11 kW (0-100 peratus dalam 7.5 jam) dan jarak pandu 415 km.
Kelengkapan lain termasuklah:
- kemasan dalaman dua-tona
- rim 19-inci
- skrin paparan head-up (HUD)
- warna baharu ekslusif Porcelain Pink
Kelengkapan standard
Menariknya, kedua-dua varian hadir dengan beberapa ciri standard seperti:
- pintu hadapan bukaan automatik
- peti sejuk
- tiang B interaktif
- stereng multi-fungsi dengan bar sensitif sentuhan
- ruang kargo sebesar 404 liter
Keselamatan
Zeekr X terus menawarkan kelengkapan keselamatan menyeluruh seperti 7-beg udara serta sistem ADAS penuh yang memanfaatkan lima kamera HD, lima radar gelombang milimeter dan 12 penderia ultra-bunyi.
Zeekr X 2026 akan dipamerkan di acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS 2026) bermula 12 hingga 21 Jun ini di MITEC.
