fbpx

Skrin sesentuh Sony baharu untuk mereka yang gemar saiz besar!

Harga skrin sesentuh Sony baharu masih belum diketahui. - Foto ihsan Sony Asia
Harga skrin sesentuh Sony baharu masih belum diketahui. - Foto ihsan Sony Asia

MEMAHAMI setiap pelanggan mempunyai minat dan citarasa berbeza, syarikat peralatan elektronik Sony sekali lagi tampil memperkenalkan produk terkini mereka.

Terbaharu, syarikat asal negara matahari terbit itu memasarkan skrin sesentuh bersaiz lebih besar dinamakan sebagai mobile ES In-Car Receiver XAV-9500ES.

Ia didatangkan dengan Android Auto dan Apple CarPlay sekaligus menjadikan skrin sebesar 10.1 inci itu mudah digunakan.

Bagaimanapun, skrin LCD dengan resolusi 1280 x 720 sebenarnya hanya menggunakan slot DIN tunggal.

Saiz skrin sesentuh Sony baharu ini didatangkan dengan saiz lebih besar iaitu 10.1 inci. - Foto ihsan Sony Asia
Saiz skrin sesentuh Sony baharu ini didatangkan dengan saiz lebih besar iaitu 10.1 inci. – Foto ihsan Sony Asia

Adakah sesuai untuk semua jenis kenderaan?

Sony memaklumkan produk keluaran mereka ini boleh dilaraskan kepada empat posisi untuk memudahkan pemasangan pada papan pemuka kenderaan.

Justeru, ia mampu mengelak daripada menghalang penggunaan suis kenderaan atau corong pendingin hawa.

Antara kelebihan lain termasuk fungsi USB Type-C dan keupayan mengecaj sehingga 3A untuk peranti lain.

Skrin sesentuh ini juga ‘mesra’ kepada pengguna Apple dan Android namun, bergantung kepada negara tertentu.

Skrin sesentuh ini boleh dipasangkan di semua jenis kenderaan. - Foto ihsan Sony Asia
Skrin sesentuh ini boleh dipasangkan di semua jenis kenderaan. – Foto ihsan Sony Asia

Fungsi audio memukau!

Sony XAV-9500ES mempunyai sokongan untuk teknologi nirwayar Sony LDAC.

Ini membolehkan ia menyalurkan audio resolusi tinggi (Hi-Def) dengan hanya menggunakan Bluetooth.

Pada masa sama, ia mempunyai enam channel audio, 14-band EQ, enam jenis 8-band parametric EQ dan juga crossover 3-zon.

Ada lagi yang menarik! Sony XAV-9500ES juga boleh disambungkan kepada tiga kamera untuk kegunaan ketika mengundurkan kenderaan.

Untuk makluman lanjut berkenaan kos sebuah Sony XAV-9500ES, sila layari laman web Sony Asia!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved