fbpx

Skyline GT-R R34 ini lebih mahal daripada Ferrari F8 N-Largo!

Antara model keluaran Nissan paling legend di dunia. - Foto ihsan Yahoo Auction
Antara model keluaran Nissan paling legend di dunia. - Foto ihsan Yahoo Auction

Adakah anda masih ingat akan model Nissan Skyline GT-R R34?

Ya, sebuah model Skyline yang telah berusia hampir 20 tahun.

Apa yang menarik baru-baru ini sebuah Nissan Skyline GT-R R34 dengan spesifikasi V-Spec II Nur ingin dijual oleh Yahoo Auction.

Berdasarkan kenyataan Yahoo Auction, kenderaan itu dikatakan belum didaftarkan malah, jarak perbatuannya hanya kurang 10 kilometer!

Untuk rekod, model V-Spec II Nur merupakan salah satu daripada 718 unit pernah dihasilkan dan daripada jumlah itu, hanya 159 unit dicat warna putih.

R34 GT-R V-Spec II ini dikatakan masih belum didaftarkan walau telah dihasilkan lebih 20 tahun lalu. - Foto ihsan Yahoo Auction
R34 GT-R V-Spec II ini dikatakan masih belum didaftarkan walau telah dihasilkan lebih 20 tahun lalu. – Foto ihsan Yahoo Auction

Selain itu, model ini didatangkan dengan enjin perlumbaan RB26DETT.

Antara penambahbaikan yang telah dibuat termasuk:

  • Aci engkol lebih seimbang
  • Saluran air dan udara lebih baik
  • Omboh yang dinaiktaraf
  • Unit pengecas turbo baharu
  • Aci sesondol yang dinaiktaraf

Yahoo Auction memaklumkan harga bidaan bagi Nissan Skyline GT-R R34 tersebut bermula dari 50,000,000 yen atau bersamaan RM1.87 juta!

Apa kata anda?

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2021 © ENGEAR TV | All Rights Reserved