‘PERANG’ supercar nampaknya terus memuncak dengan pengenalan model baharu Ferrari F8 N-Largo.
Tampil lebih ‘garang’ dan eksklusif, model ini mendapat sentuhan pereka Jerman Vittorio Strosek.
Apa yang menarik, Ferrari F8 N-Largo hanya dihasilkan sebanyak 15 unit bagi pasaran global.
Justeru, apa kelebihan Ferrari F8 N-Largo ini?
Ferrari F8 N-Largo mampu menjana kuasa mencecah 818 PS pada 7,960 rpm dan tork 903 Nm dari serendah 3,100 rpm.
Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 2.6 saat selain mencapai kelajuan 200 km/j dengan masa kurang 7.4 saat.
Tahap kelajuan maksimum yang boleh dicapai pula adalah 340 km/j.
Berikut antara kelebihan lain terdapat pada model Ferrari F8 N-Largo:
- Penggunaan dua modul kawalan enjin yang memperkenalkan pemetaan khas bagi pencucuhan dan suntikan serta kawalan tekanan rangsangan
- Sistem ekzos kustom yang diperbuat daripada aloi Inconel
- Menggunakan roda Novitec NF10 NL 21-inci dan 22-inci yang dihasilkan menerusi kerjasama Vossen
- Tayar prestasi tinggi 255/30 ZR21 (9.5J) dan 335/25 ZR22
- Gegelung sport bagi mengurangkan ketinggian jentera sebanyak 35 mm
Pelanggan yang berminat membuat tempahan diberi pilihan untuk memilih warna luaran, roda dan ruang kabin mengikut selera masing-masing.
Harga bagi sebuah Ferrari F8 N-Largo bermula serendah $274,000 atau bersamaan RM1.14 juta sahaja.