fbpx

Suntik vaksin Covid-19 secara pandu lalu di Labuan

Program Vaksinasi Secara Pandu Lalu turut juga dilaksanakan di kawasan lain termasuk di daerah Padang Terap, Kedah. - Foto ihsan Bernama
Program Vaksinasi Secara Pandu Lalu turut dilaksanakan di kawasan lain termasuk di daerah Padang Terap, Kedah. - Foto ihsan Bernama

PENDUDUK Labuan mula menjalani proses penerimaan vaksin Covid-19 secara pandu lalu mulai semalam.

Langkah itu dibuat oleh pihak berwajib bagi melancarkan proses pemberian vaksin kepada penduduk.

Memetik laporan Bernama, lokasi pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu itu terletak di ruang letak kereta Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL).

Bagaimanapun, ia hanya terhad kepada penerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BioNTech.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata, setakat ini lebih 56,000 penduduk Labuan telah menerima vaksin Covid-19.

“Kami menjangkakan ramai yang akan hadir mulai 8 Julai ini.

“Kebanyakan penerima dos pertama harus mendapatkan suntikan kedua mereka sehampir mungkin dengan selang masa tiga minggu,” katanya.

Ketika ini, terdapat peningkatan jumlah penduduk Labuan mendaftar untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera.

Untuk rekod, 85.3 peratus populasi dewasa telah mendaftar setakat semalam berbanding 40.8 peratus pada 1 Jun lalu.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved