fbpx

Kenderaan ‘kayangan’, Ferrari F8 N-Largo hanya 15 unit seluruh dunia

210707-largo-v003.jpg
Siapakah rakyat Malaysia bertuah memiliki Ferrari F8 N-Largo? - Foto ihsan Motor1.com

‘PERANG’ supercar nampaknya terus memuncak dengan pengenalan model baharu Ferrari F8 N-Largo.

Tampil lebih ‘garang’ dan eksklusif, model ini mendapat sentuhan pereka Jerman Vittorio Strosek.

Apa yang menarik, Ferrari F8 N-Largo hanya dihasilkan sebanyak 15 unit bagi pasaran global.

Justeru, apa kelebihan Ferrari F8 N-Largo ini?

Ferrari F8 N-Largo mampu menjana kuasa mencecah 818 PS pada 7,960 rpm dan tork 903 Nm dari serendah 3,100 rpm.

Ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 2.6 saat selain mencapai kelajuan 200 km/j dengan masa kurang 7.4 saat.

Tahap kelajuan maksimum yang boleh dicapai pula adalah 340 km/j.

Ferrari F8 N-Largo sesuai untuk mereka yang gemarkan kelajuan. - Foto ihsan Motor1.com
Ferrari F8 N-Largo sesuai untuk mereka yang gemarkan kelajuan. – Foto ihsan Motor1.com

Berikut antara kelebihan lain terdapat pada model Ferrari F8 N-Largo:

  • Penggunaan dua modul kawalan enjin yang memperkenalkan pemetaan khas bagi pencucuhan dan suntikan serta kawalan tekanan rangsangan
  • Sistem ekzos kustom yang diperbuat daripada aloi Inconel
  • Menggunakan roda Novitec NF10 NL 21-inci dan 22-inci yang dihasilkan menerusi kerjasama Vossen
  • Tayar prestasi tinggi 255/30 ZR21 (9.5J) dan 335/25 ZR22
  • Gegelung sport bagi mengurangkan ketinggian jentera sebanyak 35 mm
Rekaan belakang Ferrari F8 N-Largo kelihatan begitu 'seksi'. - Foto ihsan Motor1.com
Rekaan belakang Ferrari F8 N-Largo kelihatan begitu ‘seksi’. – Foto ihsan Motor1.com

Pelanggan yang berminat membuat tempahan diberi pilihan untuk memilih warna luaran, roda dan ruang kabin mengikut selera masing-masing.

Harga bagi sebuah Ferrari F8 N-Largo bermula serendah $274,000 atau bersamaan RM1.14 juta sahaja.

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved