fbpx

Kereta siapa lebih power, Neymar atau Ronaldo?

Tonton video bersama Bro Syamsul untuk ketahui antara koleksi kereta milik Neymar dan Ronaldo. - Foto oleh EnGear
Tonton video bersama Bro Syamsul untuk ketahui antara koleksi kereta milik Neymar dan Ronaldo. - Foto oleh EnGear

RAMAI dalam kalangan rakyat Malaysia menghidap ‘demam’ bola sepak bersempena kejohanan Euro 2020 dan Copa America yang sedang berlangsung ketika ini.

Walaupun Malaysia tidak terlibat dalam kedua-dua kejohanan itu namun, kemeriahannya turut dirasai para peminat bola sepak negara ini.

Bagaimanapun, artikel ini bukan untuk bercakap mengenai sukan itu tetapi fokus kepada kenderaan dimiliki pemain bola sepak.

Dua sosok menjadi tumpuan EnGear adalah pemain kebangsaan Brazil, Neymar dan anak kelahiran Penang (Portugal), Cristiano Ronaldo!

Koleksi Neymar

Neymar memiliki sebuah Lamborghini model Veneno.

Model ini diklasifikasikan sebagai hyper car dan mempunyai berat yang sangat ringan.

Ia juga dilengkapi enjin V12 6.5 liter atau bersamaan 6,500 cc.

Venono mempunyai 750hp dan mampu mencapai kelajuan maksima 360 km/j dengan pecutan pantas 0-100 km/j selama 2.9 saat!

Macam pelesit guys!

Model Lamborghini Veneno terkenal dengan kepantasan dan reka bentuk yang unik. - Foto ihsan Facebook/Lamborghini Veneno Roadster
Model Lamborghini Veneno terkenal dengan kepantasan dan reka bentuk yang unik. – Foto ihsan Facebook/Lamborghini Veneno Roadster

Selain Lamborghini, Neymar juga mempunyai sebuah kereta hyper car buatan Lubnan dikenali sebagai Lykan.

Lykan mempunyai enjin diasaskan daripada teknologi Porsche Flat 6 dengan kapasiti enjin 3.7 liter twin turbo yang menghasilkan 780hp dan kelajuan maksima 396 km/j.

Sebuah Lykan boleh mencecah RM1.4 juta dengan cukai jalan RM5,300 sebulan jika di Malaysia.

Lykan terkenal selepas muncul dalam sebuah filem Hollywood Fast and Furious 7. - Foto ihsan Facebook/Lykan
Lykan terkenal selepas muncul dalam sebuah filem Hollywood Fast and Furious 7. – Foto ihsan Facebook/Lykan

Koleksi Ronaldo

Ronaldo memiliki sebuah Aventador LP700 berwarna hitam matte black dengan enjin V12 6.5 liter dengan 740hp.

Harga di pasaran adalah sekitar $318,000 atau bersamaan RM1.4 juta.

Buat pengetahuan anda, cukai jalan bagi kedua-dua model Lamborghini dimiliki Neymar dan Ronaldo jika berada di Malaysia adalah sekitar RM18,000!

Pemain bola sepak Cristiano Ronaldo kelihatan berada dalam kenderaan Aventador miliknya. - Foto ihsan Celebrity Cars Blog
Pemain bola sepak Cristiano Ronaldo kelihatan berada dalam kenderaan Aventador miliknya. – Foto ihsan Celebrity Cars Blog

Selain itu, Ronaldo juga memiliki sebuah Bugati Chiron. Ia mempunya enjin W16 dengan 1,500hp.

Memegang rekod kenderaan terpantas di dunia, Chiron boleh mencapai kelajuan maksima 490 km/j.

Harga sebuah Chiron high spec boleh mencecah RM14 juta di Malaysia dengan harga cukai jalan RM24,000 setahun.

Bugati Chiron adalah antara kenderaan terpantas di dunia. - Foto ihsan Facebook/GT Board
Bugati Chiron adalah antara kenderaan terpantas di dunia. – Foto ihsan Facebook/GT Board

Jadi, koleksi siapa lebih power? Adakah Neymar atau Ronaldo?

Ingin tahu lebih lanjut mengenai koleksi kereta mewah dimiliki Neymar dan Ronaldo sila tonton video yang telah kami sediakan.

Selamat bercuci mata guys!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved