fbpx

Mengembara bersama Perodua Kembara!

Perodua Kembara merupakan antara kenderaan pacuan empat roda (4x4) mampu milik bagi kebanyakan pengguna
Perodua Kembara merupakan antara kenderaan pacuan empat roda (4x4) mampu milik bagi kebanyakan pengguna.

Mempunyai ‘kembar’ dikenali sebagai Daihatsu Terios di Jepun, Perodua Kembara didatangkan dengan enjin 1.3-liter 4-selinder SOHC 16v yang mampu menghasilkan 83hp kuasa maksima dan 105Nm tork.

Bagaimana pun, ia kemudian digantikan dengan enjin DVVT DOHC 16v yang menaikkan angka kuasanya kepada 86hp dan 120Nm.

Versi DVVT agak menjimatkan dan lebih berkuasa berbanding model pertama. Tampil sebagai model Perodua paling mahal pada suatu ketika, ia turut dilengkapi dengan sistem suntikan bahan api dan bukan karburator.

Ia mempunyai pilihan automatik 4-kelajuan dan manual 5-kelajuan. Kotak gear manual sememangnya lebih menjimatkan. Enjinnya juga cukup responsif tetapi sedikit bising sewaktu memecut.

Perodua Kembara amat popular suatu ketika dahulu bagi penggemar kenderaan pacuan empat roda (4x4)
Perodua Kembara amat popular suatu ketika dahulu bagi penggemar kenderaan pacuan empat roda (4×4). – Foto ihsan Facebook/Perodua Kembara Club Malaysia

 

Perodua Kembara juga cukup stabil kerana ia menggunakan chesis monocoque dan bukannya ladder frame seperti kebanyakan pacuan empat roda lain.

Ia juga menggunakan sistem pacuan empat roda sepenuh masa dengan differential tengah yang boleh dikunci dengan menggunakan suis pada papan pemuka untuk lebih cengkaman. Namun, Perodua Kembara tidak mempunyai fungsi gear ratio rendah jadi ia hanya sesuai untuk aktiviti offroad ringan sahaja.

Kelebihan Perodua Kembara ialah ia mempunyai jarak ground clearance yang tinggi iaitu 19.5cm, membolehkannya meredah banjir dengan santai dan meredah laluan estet tanpa sebarang masalah.

Lasak! Perodua Kembara sesuai digunakan di semua jenis permukaan jalan
Lasak! Perodua Kembara sesuai digunakan di semua jenis permukaan jalan. – Foto ihsan Facebook/Perodua Kembara Club Malaysia

 

Selain itu, Perodua Kembara  mempunyai kelebihan apabila turut berada dalam kumpulan ‘kei-car’ dan berkongsi banyak alat ganti dengan Daihatsu Terios.

Malah ada pemilik yang sudah menukar enjin kepada enjin K3-VET yang berkuasa turbo. Kebanyakan kedai half-cut juga mempunyai pelbagai alat ganti untuk Perodua Kembara.

Walaupun melangkah ke tahun 2021, tidak mustahil Perodua Kembara masih mempunyai peminatnya tersendiri!

Lihatkan Ulasan (0)

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.

Sebuah saluran digital automotif dari Malaysia. Engear menyajikan penggemar industri permotoran tempatan dengan rancangan video berkualiti tinggi, padat dengan infomasi terkini.

2023 © ENGEAR TV | All Rights Reserved